Wednesday, May 17, 2017

3 Lagi Pegawai Zakat Direman. Ikut Perangai KMnya Ke?

Tiga lagi pegawai zakat P. Pinang direman Anggota SPRM mengiringi tiga pegawai ZPP (memakai baju lokap) ketika mereka dibawa ke Mahkamah Majistret George Town semalam untuk mendapatkan perintah tahan reman.

GEORGE TOWN – Tiga lagi pegawai Zakat Pulau Pinang (ZPP) ditahan reman selama enam hari mulai semalam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) negeri bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dan rasuah wang dana organisasi itu sejak tiga tahun lalu.
Perintah tahanan reman ke atas tiga lelaki berusia 33, 45 dan 49 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret L. Umma Dewi kira-kira pukul 2.50 petang.
Sebelum itu, ketiga-tiga individu terbabit hadir ke Mahkamah Majistret George Town di sini dalam keadaan kedua-dua tangan bergari dan memakai baju lokap SPRM berwarna jingga pada pukul 2.35 petang.
Mereka yang diiringi tiga pegawai SPRM dilihat keluar dari pekarangan mahkamah berkenaan kurang setengah jam kemudian dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda milik agensi terbabit.
Sumber berkata, penahanan ke atas mereka dilakukan susulan tahanan reman 12 individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ZPP, Datuk Dr. Azman Abdul Samat bersama tiga pegawai kanannya serta 12 kontraktor pada 9 Mei lalu bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tiada maruah! Pemegang amanah agama berkhinat kepada agamanya sendiri. Harap pagar, pagar makan padi. Apakah bapak borek anak rintik, ikut perangai Ketua Menterinya ke? 

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails