Friday, May 19, 2017

Akademis N/Zealand Dedah DAP Terlibat Dlm Gerakan Kristian M'sia.


Oleh:

Dr. Mohd Zuhdi


Kenapa Pemimpin DAP Tak Nafi Dakwaan Terlibat Gerakan Kristianisasi? 

KUALA LUMPUR – Pusat Penyelidikan Pas (PPP) mendakwa sebuah buku yang ditulis oleh seorang ahli akademik dari New Zealand mendedahkan penglibatan DAP dalam gerakan Kristianisasi.
Penulis buku itu, Iain Buchanan mendedahkan hubungan DAP dan ajaran Kristian dalam konteks amalan berpolitik di Malaysia.
Pengarah PPP, Dr. Mohd Zuhdi Marzuki mempersoalkan penglibatan pimpinan parti itu seperti Lim Guan Eng, Hannah Yeoh dalam gerakan terbabit memandangkan tidak ada sebarang penafian daripada mereka.
“Pusat penyelidikan Pas melihat DAP tiada kesungguhan untuk ‘membersihkan’ nama mereka daripada tuduhan-tuduhan tersebut.
“Sikap berlepas tangan pimpinan DAP yang lain dan meletakkan beban untuk menjawab isu itu hanya kepada Hannah Yeoh, menunjukkan DAP bimbang isu ini akan meletup.
“Tuduhan berkaitan hubungan DAP dan gerakan Kristianisasi ini bukan sahaja akan menyebabkan masyarakat Islam semakin menyedari tentang siapa sebenar DAP bahkan masyarakat Tionghua juga yang majoritinya beragama Buddha juga akan turut sedar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zuhdi juga tidak menolak sikap ‘membisu’ pimpinan DAP daripada menjawab isu itu berkemungkinan tidak mahu pengundi beragama Islam mengetahui penglibatan mereka dalam gerakan tersebut kerana ia akan menjejaskan sokongan mereka dalam pilihan raya nanti.
“Sekiranya tuduhan ini benar, DAP akan kehilangan undi yang lebih besar dalam kalangan pengundi-pengundi Islam malah berkemungkinan juga akan kehilangan undi dari pengundi-pengundi masyarakat Tionghua,” katanya lagi.
Menurut Zuhdi, DAP perlu menjawab tulisan buku tersebut khususnya pada mukasurat tujuh dimana ia mendakwa Malaysia mudah diserang dengan gerakan Dominionism dan Christian Zionism.
“Nama Guan Eng dan Hannah turut disebut di bawah tajuk kecil ini. PPP melihat pendedahan buku ini yang memalitkan DAP khususnya dengan gerakan Dominionism adalah perkara yang lebih utama untuk mereka jawab,” tambahnya.
Buku berjudul Sang Nila Utama And The Lion of Judah: Dominionism And Christian Zionism iIn Malaysia pada awal tahun 2015 yang mengaitkan nama pimpinan DAP.
Ia diterbitkan oleh International Movement for a Just World. Buchanan juga sebelum ini menghasilkan sebuah buku yang bertajuk The Armies of God: A Study In Militant Christianity. – MalaysiaGazette
Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-4...
Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails