Monday, May 22, 2017

'Come on Hannah! Sila buat satu confrence, jemput Dr Kamarul..' -Shahil.

"Oleh: Shahil

Polimik antara Dr Kamarul Zaman nampaknya semakin panas. Dan dipanaskan lagi oleh penyokong keduanya.


Hannah Yeoh! Dimana suara anda? Kenapa anda berdiam diri sedangkan Dr Kamarul telah menjawab beberapa kali dakwaan penyokong anda?

Hannah Yeoh! Dr Kamarul telah mendetailkan perenggan-perenggan buku anda untuk membuktikan anda adalah seorang "missionaris". Dia membuktikan dari buku anda, becoming hannah.

Hannah! Dalam Islam, pertuduhan oleh seseorang hendaklah disertakan bukti. Dan Dr Kamarul telah menyertakan bukti dari buku anda demi memenuhi tuntutan Islam. Dan sekarang anda yang mendakwa mendapat "keistimewaan Tuhan" harus menjawab. 

Dr Kamarul tidak membelakangkan sistem Islam dalam membuat tuduhan, tidak seperti Rafizi pkr yang mengguna pakai sistem Machiavelli, menuduh tanpa bukti dan tertuduh pula kena memberikan bukti tuduhan itu palsu.

Pada saya, komen-komen yang menjurus kepada mempertikaikan status kesarjanaan Dr Kamarul adalah komen tahap sampah. Yang memberikan komen tersebut tidaklah lebih tinggi kesarjanaannya dari Dr Kamarul. Pastinya Dr Kamarul telah meneliti buku anda dengan sedalam mungkin dan memikirkan risiko yang bakal timbul.

Seperti saya juga terfikir-fikir apa perlunya anda menjemput sarjana kristen Malaysia di luar negara untuk pulang bagi membena semula Malaysia? Tidak cukupkah undang-undang dan politikus Malaysia yang ada untuk tujuan itu? Kenapa? Fikiran saya menjurus kepada ada sesuatu yang tersirat dalam perkara ini.

Come on Hannah! Sila buat satu confrence, jemput Dr Kamarul dan seluruh ahli parti anda DAP, PAS, PKR, mufti dan juga aktivis maya. Anda jelaskan kandungan buku anda dan silakan menjawab soalan dari yang diundang. 

Dan kalau perlu tanpa prajudis, anda boleh menjelaskan tentang kitab anda,Bible, bukankah anda seorang da'e yang berdakwah seperti yang buku anda nyatakan.

Tidak perlu takut. Insya'Allah Dr Kamarul tidaklah seperti terroris Daesh atau ISIS.

Terima kasih. (Diangkat dari TKO)

No comments:

Post a Comment