Wednesday, May 17, 2017

Dukung Anjing Semasa Beli Nasi Kandar. Apa Komen Kamu?


GEORGE TOWN – Tindakan seorang wanita yang mendukung seekor anjing ketika berada di sebuah medan selera di sini disifatkan sebagai tidak menghormati sensitiviti umat Islam.

Gambar wanita terbabit dipercayai dirakamkan oleh seorang pelanggan yang secara kebetulan berada di medan selera tersebut di Batu Lancang, Pulau Pinang pada minggu lalu.
Difahamkan, ia bukan merupakan kejadian kali pertama ekoran insiden yang sama pernah juga dilaporkan berlaku pada awal tahun ini.
Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Sandye Ruisian dalam entrinya menulis wanita tersebut tidak sepatutnya membawa anjing di kawasan tempat terbuka lebih-lebih lagi di kawasan restoran.
“Cik, awak sememangnya seorang yang tiada otak, bulu anjing amat mudah jatuh dan awak boleh jamin ia tak jatuh dalam makanan?
“Saya juga mempunyai anjing, namun tidaklah tergamak hendak membawa ke tempat orang menjamu selera,” tulisnya.
Seorang lagi pengguna Facebook, Talib Abdullah berkata pekerja kedai terbabit juga harus lebih bertanggungjawab demi memastikan makanan yang dijualnya tidak dicemari dengan bulu haiwan berkenaan.
“Pekerja tu pun kenalah tegas sikit lebih-lebih lagi dekat dengan tempat hidang makanan, amoi ni pun satu hal, takda akai ka?” katanya.
Manakala Norzie My berkata; “Tak kira la binatang apa ko nak bawa pun even kucing, please la, masuk kedai makanan tak payah la nak heret sekali, kena faham la jangan ikup sesedap rasa je.”
Apa-apa pun, rata-rata rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama sepatutnya tahu bahawa anjing merupakan haiwan yang dilarang di dalam Islam.  
Lapor MYNEWSHUB.CC. Apa komen kamu? (IH)

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails