Tuesday, May 09, 2017

Hina Islam: Ahok Dihukum Penjara 2 Tahun



JAKARTA – Bekas Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama, hari ini didapati bersalah kerana menghina agama Islam dan dijatuhi hukuman penjara dua tahun, lapor media tempatan di sini.

“Tertuduh didapati melakukan tindakan jenayah menghina Islam dan kami menjatuhkan hukuman penjara dua tahun,” kata ketua hakim mahkamah negeri Jakarta, Dwiarso Budi Santiarto, ketika mengumumkan keputusan.
Perbicaraan kes berprofil tinggi tersebut turut dilihat sebagai ujian terbesar kepada amalan tolak ansur agama di negara yang mempunyai penduduk Islam paling ramai  di dunia itu, menurut penganalisis politik antarabangsa.
Basuki yang lebih mesra disapa sebagai Ahok bulan lalu kalah kepada pesaingnya, Anies Baswedan, dalam cubaan untuk mengekalkan jawatan disandangnya sejak 2014, buat penggal kedua sebagai gabenor ibu kota Indonesia itu.
Merupakan etnik Cina beragama Kristian, Ahok cipta rekod bukan Islam pertama memegang jawatan itu dalam tempoh 50 tahun selepas kali terakhir disandang penganut Katholik, Hendrik Hermanus Joel Ngantung pada 1964.
Kes Ahok, 50, menyaksikan trend pengundi majoritinya beragama Islam ‘beralih’ kepada lawannya, Anies, 47, yang lebih disenangi ramai kerana latar belakang sebagai cucu pejuang kemerdekaan Indonesia, Abdurrahman Baswedan.
Anies yang juga bekas menteri pendidikan dan kebudayaan Indonesia dalam Kabinet Jokowi pada 2014; pernah lakar sejarah sebagai rektor termuda apabila menerajui Universiti Paramadina dalam usia 38 tahun pada 2007 lalu.
Kontroversi Ahok mula mendapat perhatian apabila ketika berkempen di Pulau Seribu di sini pada 27 September tahun lalu mempersoalkan ayat 51 Surah Al-Maidah berkenaan hukum memilih pemimpin bukan beragama Islam.
Beberapa badan Muslim tempatan, khususnya kumpulan tegar, berasa tersinggung dengan kenyataan biadab Ahok itu menjelang pusingan pertama Pilihan Raya Ketua Daerah Jakarta pada 15 Februari. – Agensi.


Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

3 comments:

Anonymous said...

"Hina Islam: Ahok Dihukum Penjara 2 Tahun"

Kes Ahok menghina agama Islam dan menindas dan menafikan hak umat Islam di Jakarta telah membuktikan bahawa:

(1) Orang-orang kafir dan puak munafik liberal tidak pernah redha terhadap agama Islam dan umat Islam:

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.(Al-Baqarah 2:120)

(2) Allah dan RasulNya melarang umat Islam dari melantik orang kafir dan puak munafik menjadi pemimpin umat Islam:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi WALI (PEMIMPIN / PELINDUNG) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Inginkah kamu mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu) ?" An-Nisaa' : 144.

Kita merasa kagum melihat keberanian dan kegigihan umat Islam Indonesia menentang Ahok dan menghukum Ahok kerana Ahok telah menghina agama Islam dan menafikan hak umat Islam di Jakarta.

Jika terdapat satu 'Ahok' di Jakarta, malangnya terdapat ramai 'Ahok' yang berani menentang dan menghina agama Islam dan menindas umat Islam di Malaysia kerana kerajaan BN pimpinan UMNO telah gagal bertindak ke atas Ahok-ahok tersebut.

Bahkan terdapat segelintir pengkhianat Melayu sanggup menjilat, memuja, dan menyembah Ahok-ahok tersebut kerana seguni dedak babi cap roket !

Anonymous said...

bkn itu sahaja.puak pan memuja golongan akhok ini.puak ahok dimalaysia dap telah brjaya mgaburi mata puak2 pan yg mereka ini suci dan tdk memusuhi islam.sbbtu puak pan ini sggup diperkuda oleh dap kerana prcaya dap parti yg suci.

IrWrWs said...

Tun M kini dianggap suci tidak spt anak didik Tun M sendiri iaitu Najib!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails