Friday, May 26, 2017

Kahwin Sejenis Boleh. Taiwan Negara Pertama Asia Izinkan.



TAIPEI – Mahkamah Agung Taiwan lewat Rabu mengeluarkan keputusan bersejarah yang sekali gus membuka jalan bagi ‘menghalalkan’ perkahwinan sesama jenis di negara tersebut tidak lama lagi.


Panel hakim menyatakan bahawa undang-undang Taiwan yang dilaksanakan ketika ini, iaitu melarang perkahwinan sesama jenis, sebenarnya tidak mengikut perlembagaan digubal Parlimen negara pulau berkenaan sendiri.
Justeru Parlimen diberi waktu dua tahun untuk mengubah undang-undang dan jika peraturan tersebut dipersetujui, Taiwan akan menjadi negara pertama di benua Asia yang secara rasmi mengakui perkahwinan sesama jenis.
Namun, mengapa Taiwan berani mendukung perkahwinan sesama jenis atau disebut juga Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT)? – sejenis perbuatan terkutuk diamalkan kaum Sodom sejak zaman Nabi Luth AS lagi.
Untuk rekod, Taiwan turut dikenali selama ini di seluruh dunia begitu menjunjung nilai-nilai amalan liberal dan negara itu juga meriah menganjurkan acara tahunan perarakan gay paling besar di luar Amerika Syarikat (AS).
Desakan untuk mengakui hak-hak LGBT mendapat momentum ketika calon liberal, Tsai Ing-wen dipilih sebagai presiden Taiwan pada pilihan raya tahun lalu. Beliau secara terbuka mendukung perkahwinan sesama jenis.
Isu ini namun masih membelah pandangan masyarakat. Menurut stesen antarabangsa BBC, kelompok agama bertekad menekan Parlimen agar tidak meluluskan undang-undang yang mengiktiraf perkahwinan LGBT.
Mereka beralasan untuk masalah sepenting ini, ia tidak cukup ditentukan hanya oleh anggota Parlimen dan mesti pihak pemerintah mendapatkan pandangan seluruh rakyat melalui proses referendum yang lebih menyeluruh.
Sementara itu, kelompok-kelompok yang pro-LGBT berharap Parlimen akan mengeluarkan undang-undang yang tidak hanya mengakui perkahwinan sesama jenis, tetapi juga memberi hak sama seperti pasangan suami-isteri.
Hak-hak yang dimaksudkan itu adalah urusan pengambilan anak angkat, tuntutan penjagaan anak dan penetapan waris untuk pembahagian harta pusaka setelah salah satu daripada pasangan LGBT tersebut meninggal dunia.
Rang undang-undang perkahwinan sesama jenis itu sudah dimasukkan dalam pembentangan Parlimen, namun belum diketahui seberapa cepat usul ini akan dipersetujui untuk dibahaskan. – Agensi

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails