Monday, May 15, 2017

Khoo Kay Peng: Hudud, Ini Pengkhianatan Wan Azizah Pula..



Persoalan pendirian hudud Wan Azizah Menjadi Pertikaian

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mungkin memalapkan peluang Pakatan Harapan (HARAPAN) dengan komennya mengenai hudud ketika diwawancara Al Jazeera, kata seorang penganalisis.

Menurut Khoo Kay Peng, cara Wan Azizah menjawab soalan pada sesi berkenaan membayangkan beliau tidak membincangkan pendiriannya mengenai hudud dalam majlis pimpinan HARAPAN.

Ia juga, kata Khoo, menunjukkan majlis pimpinan parti gabungan pembangkang itu tidak mempunyai pendirian bersama ketika hudud dijangka bakal menjadi isu penting.

Dalam wawancara itu Dr Wan Azizah diminta untuk membuat kenyataan bahawa "tiada hudud, tiada rejam dan tiada potong tangan" jika ditakdirkan menjadi perdana menteri.

Jawapan ketua pembangkang itu ialah, "hudud tidak akan dilaksanakan kecuali semua keperluan untuk keadilan" dapat disediakan.

Ditanya sama ada jawapan itu membayangkan hukuman rejam akan diterima di Malaysia, Dr Wan Azizah menjawab: "Tidak dalam tempoh terdekat".
Khoo berkata jaminan bahawa rejam dan potong tangan tidak akan berlaku di Malaysia juga tidak memadai bagi menjelaskan pendirian HARAPAN terhadap undang-undang Islam yang bukan sekadar dua hukuman itu.

"Ia adalah mengenai prinsip dan proses perundangan dengan sesetengahnya tidak selaras dengan undang-undang sivil," katanya.

Bagaimanapun kata Khoo, Dr Wan Azizah mungkin berdepan kesukaran untuk menegaskan bahawa hudud bukan keutamaan kerana ia mungkin akan menjarakkan sokongan pengundi konservatif Islam pada pilihan raya akan datang.

"Sepatutnya beliau perlu menyatakan mengapa Malaysia adalah lebih baik menjadi inklusif berbanding menjadi tertumpu kepada isu bangsa dan agama, serta bagaimana agenda HARAPAN untuk orang Melayu adalah lebih baik berbanding apa yang ditawarkan BN.

"Pilihan raya umum (PRU) ke-14 adalah detik penting untuk orang Islam di negara ini. Ia juga membawa persoalan mengenai arah masa depan untuk memilih, serta menjawab pertanyaan sama ada ia mengenai urus tadbir yang baik, kerajaan bersih, kepelbagaian budaya dan kemampuan menyatukan berbanding perpaduan Muslim, hudud dan negara Isllam," katanya.

Felo Penang Institute, Wong Chin Huat, pula percaya PKR kini berpeluang untuk membuka perbincangan mengenai Islam lebih daripada ruang lingkup hudud.

Katanya, ada dua wacana mengenai hudud di kalangan umat Islam iaitu mereka yang melihat pelaksanaan undang-undang jenayah syariah sebagai nasionalisme Islam bagi memulihkan penguasaan Islam, dan satu lagi yang bercakap tentang keadilan sejagat dalam Islam. (TKO)

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails