Friday, May 19, 2017

Lans Koperal, Bekas Inspektor Dituduh Rasuah.














 Rashid yang diiring pegawai SPRM ditahan reman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Putrajaya semalam bagi membantu siasatan kes rasuah rumah urut dan pusat judi di Melaka.

KOTA BHARU – Seorang anggota polis berpangkat lans koperal daripada Pa­sukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 dan seorang bekas inspektor polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas beberapa pertuduhan berasingan membabitkan rasuah.
Kesemua tertuduh me­ngaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Adli Abd. Ghalib.
Tertuduh, Muhammad Harris Mohd. Rafe, 29, yang bertugas di PGA Batalion 8 Pengkalan Chepa didakwa meminta suapan RM10,000 daripada Na-Emah Hama sebagai dorongan bagi tidak mengambil tindakan ke atas kenderaan Toyota Hilux bernombor pendaftaran RF 5703 Narathiwat yang membawa 70 kotak minyak masak dan 200 rak telur yang cuba di­seludup ke Thailand.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga dia didakwa telah menerima dua kali suapan iaitu wang tunai RM5,000 dan RM3,000 daripada individu sama.
Ketiga-tiga perbuatan itu didakwa dilakukan pada 14 Ogos 2015 di Pasir Mas.

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails