PAS Kawasan Titiwangsa melalui jentera pilihan rayanya akan mengadakan satu majlis hi-tea untuk mengumpul dana bagi menghadapi pilihanraya umum ke 14. Program tersebut akan diadakan pada Sabtu, 20 Mei 2017 bertempat di Darul Ummah, No 44 Jalan Dua Off Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpu bermula pukul 3 petang.
Tetamu istimewa yang akan menyempurnakan majlis ini ialah Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abd Aziz, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Turut hadir menyerikan majlis ini ialah Ustazah Nuridah Salleh selaku Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dan Haji Mohamad Noor Mohamad, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan.
Pelbagai menu menarik akan disajikan khusus kepada para tetamu yang hadir seperti nasi dagang terengganu, nasi lemak saliha, kerepok lekor, kuih muih, bubur kacang durian, rojak nenas sarawak, air barli sejuk dan teh tarik.
Kupon-kupon infaq bernilai RM30 untuk seorang boleh didapati di kaunter pendaftaran pada hari berkenaan atau berhubung dengan Mohamad di talian 016-3842024 dan Hedzer di talian 019-2708639.
Semua para pendukung dan penyokong PAS dengan segala hormatnya dijemput hadir bagi memberi sokongan kepada gerak kerja pilihan raya PAS di kawasan Titiwangsa. Semoga setiap sumbangan kita untuk perjuangan Islam dikira sebagai amal soleh di sisi ALlah SWT. (IH)
No comments:
Post a Comment