KUALA LUMPUR: PAS disifatkan lebih budiman berbanding PKR kerana tiada desakan agar Penyelia Parlimen dan DUN di Kelantan perlu melepaskan jawatan ekoran hubungan kerjasama politik di antara kedua-dua parti itu kini sudah tamat.
Tambah bekas Pengasas PKR Ng Lum Yong, terbukti PAS lebih berprinsip daripada PKR kerana menganggap bahawa situasi terkini tidak menjejaskan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh kesemua Adun yang terlibat.
“Sekarang kenapa perlu desak PAS letak jawatan? Kerana saya nampak sekiranya hubungan ini terputus ini terpulang kepada kerjasama antara YB DUN masing-masing, tidak menjadi masalah.
“Ini yang berlaku di Kelantan. Oleh itu saya nampak PAS lebih ‘gentleman’ (budiman) daripada PKR. Kerana PAS langsung tidak sebut tentang apa situasi jawatan yang dipegang PKR di sana (Kelantan),” katanya kepada Berita Daily.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution sebelum ini mempersilakan tiga exco PAS yang berada di dalam kerajaan negeri Selangor untuk melepaskan jawatan selepass Muktamar parti itu meluluskan usul ‘cerai’ dengan PKR.
Selepas Majlis Ulama sebulat suarat memutuskan perkara yang sama, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli juga dilihat senada dengan Saifuddin.
Kata Rafizi pengekalan Iskandar Abdul Samad, Dr Yunus Khairi dan Zaidi Talib hanya membuktikan PAS bimbang bimbang mengenai kedudukan dan ganjaran semata-mata.
Mengulas lanjut, menurut Ng logiknya selepas perubahan dalam kerjasama polit dalam parti yang mentadbir sesebuah negeri, perlu disusulkan dengan pembubaran Dewan Undangan negeri (DUN).
Namun sebaliknya yang berlaku di Selangor dan isu peletakan jawatan dihangatkan hanya kerana Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) semakin hampir.
“Yang penting kita mesti tengok dari sudut pentadiran negeri Selangor, apa rancangan yang hendak dilaksanakan bukan untuk mainan politik.
“Ikut logik DUN mesti dibubarkan kerana terputusna hubungan bukan lagi satu pakatan mesti adakah pemilihan semula. Sekiranya tidak kenapa mahu bawa isu peletakan jawatan? Kerana pilihan raya sudah dekat,” tambah Ng.
Penyelia DUN PKR yang dilantik sebelum ini ialah di DUN Paloh, ADUN Nenggiri dan DUN Kuala Balah.
Manakala bagi parlimen, mereka dilantik di Machang, Ketereh dan Tanah Merah. (TKO)
kah kah kah ... kalau dan memang jenis bengong cam gitulah...cuba bezakan percakapan antara orang berakal dengan yang takde akal... PKR mana ada akal (buktinya kaji balik cakap uncle cina ni )
ReplyDeleteMenang PAS jauh lebih gentlemen dari PKR ... tengok lah si azmin ngan adik dia si azwan sial laknat tu kah kah melebihi pondan-pondan yang menjual diri kat .... tu. pasal tu bila kena tibai ngan orang UMNO dan jadi cam anjing gila tersepit ekor kah kah kah mamposlah DAP mamposlah PAN mamposlah PKR Mamposlah PABM