Saturday, May 27, 2017

Pegawai G/Eng, Kena Tampar Depan Masjid.


Pegawai Guan Eng, Zaidi bekas Major TUDM kena tampar depan masjid oleh ahli PAS 

Seorang bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditampar peserta himpunan membantah campur tangan kerajaan Pulau Pinang di George Town hari ini. 

Zaidi Ahmad yang kini menjadi pegawai penerangan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dilaporkan cuba membuat provokasi ketika bekas ketua pemuda PAS negeri itu, Mohamed Hafiz Nordin, menyampaikan ucapan. Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku di Masjid Simpang Enam kira-kira jam 2.30 petang tadi. 



Portal itu melaporkan Mohamed Hafiz kini mengetuai Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP). Tindakan Zaidi itu didakwa dihalang beberapa peserta sebelum seorang daripada mereka menjadi berang dan menampar mukanya. 

Bagaimanapun, kekecohan itu dikawal dengan bantuan anggota polis yang berada di tempat kejadian. Sementara itu Zaidi berkata, dia tidak terjejas dengan insiden berkenaan malah menganggapnya sebagai perkara biasa yang perlu dilaluinya. 

Bagaimanapun dia yang berpangkat major semasa menganggotai TUDM di Butterworth itu menafikan membuat provokasi semasa Mohamed Hafiz berucap. 

"Saya berada di masjid itu ketika Hafiz berucap menuduh kerajaan Pulau Pinang campur tangan dalam fatwa negeri. Jadi saya bertanya kepada dia," katanya kepada Malaysiakini. 

Menurut Zaidi, dia cuma ingin tahu fatwa mana yang ada campur tangan kerajaan negeri, tapi tiba-tiba dia diserang. Tidak terganggu dengan insiden itu Zaidi cuba bertanya kepada Mohamed Hafiz itu lagi namun perhimpunan berkenaan tamat kira-kira 10 minit kemudian.


Bangkit isu dakwat SPR

Bangkit isu dakwat SPR Ditanya sama ada akan mengambil tindakan ke atas penyerangnya, Zaidi berkata, tiada cadangan untuk berbuat demikian. 

"Dia pun orang dah tua," katanya. 

Mohamed Hafiz (gambar) adalah seorang daripada pemimpin pemuda PAS Pulau Pinang yang tidak senang dengan kerjasama parti itu dengan PKR sejak sebelum pilihan raya umum ke-13 lagi. 

Tempatnya digantikan oleh Mohd Yusni Mat Piah yang terlibat menjadi calon ketiga di kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh pada 2013. 

Kemunculan calon PAS itu disebut-sebut menyumbang kepada kemenangan BN - yang diwakili Datuk Mahmud Zakaria. Calon kedua di kerusi itu ialah Badrul Hisham Shaharin yang dari PKR. 

Mohamed Hafiz pula terlibat dalam beberapa pertubuhan bukan kerajaan selain menjadi pendakwah di masjid dan surau. 

Zaidi pula dibesarkan di Kepala Batas dan menjadi perhatian ramai apabila membangkitkan isu kesahihan dakwat digunakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada PRU ke-13 lalu. Khidmatnya bersama TUDM ditamatkan oleh mahkamah tentera pada 2014. 

Zaidi sempat menyertai PAS seketika sebelum berpindah menjadi anggota Parti Amanah Negara (AMANAH). Zaidi kemudian mengumumkan penyertaannya ke dalam DAP. 

-malaysiakini




Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

5 comments:

Anonymous said...

Saya ulang soalan Zaidi yang tidak memdapat jawapan... Fatwa mana yang kerajaan negeri campur tangan?

Ini soalan saya, bagaimana dengan fatwa2 lain (peringkat negeri mahupun negara) yang (mangkin) ada campur tangan pihak ke 3?

Anonymous said...

Syabas PAS kerana berjaya mengikut perangai UMNGOK!
Gunakan AKAL jangan gunakan EMOSI...

Anonymous said...

Balaci-balaci ternakan kafir harbi DA-Pig telah membuktikan kedunguan dan kebebalan mereka setaraf dengan lembu dan keldai dengan membuat pelbagai komen tahap longkang seperti di atas.

Rejim DA-Pig menggunakan Tatacara Fatwa Seksyen 48 untuk campurtangan dalam proses membuat fatwa sedangkan pemimpin-pemimpin DA-Pig terdiri dari puak kafir harbi yang menentang agama Islam dan menafikan hak umat Islam. Maka tidak hairanlah jika rejim DA-Pig mengganggu proses membuat fatwa !

DA-Pig tidak berhak campurtangan dalam proses membuat fatwa kerana pemimpin-pemimpin DA-Pig terdiri dari kafir harbi ! Campurtangan DA-Pig dalam fatwa bererti kafir harbi telah campur tangan dalam hal ehwal agama Islam dan hak umat Islam !

Jika kita umat Islam campurtangan dalam hal ehwal agama Kristian, sudah tentu pemimpin-pemimpin DA-Pig yeng berlagak seperti paderi akan meroyan gila babi membuat rusuhan dan menghina, mengutuk dan memaki hamun kita dan agama kita !

Anonymous said...

Dahulu aku respect dan sokong seorang pegawai tentera udara kerana keberaniannya mengkritik SPR dan kerajaan tetapi sekarang aku merasa benci melihat muka beliau kerana beliau telah menjadi balaci parti kafir harbi DA-Pig yang menentang Islam.

IrWrWs said...

Walaupun aku anti DAP, aku rasa masih boleh terima si mejar ni atas dasar berikut:

A) Dia masih tak nampak perjuangan sebenar PAS
B) Dia masih tak faham perjuangan sebenar DAP

Fikir2kan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails