SHAH ALAM: Hasil kajian INVOKE Malaysia berkenaan calon perdana menteri dipertikai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), dengan menimbulkan beberapa persoalan berkaitan teknik yang digunakan.
Pengerusi Biro Dasar dan Strategiknya, Datuk Rais Hussin mendakwa wujud keraguan dalam bilangan responden yang terlalu sedikit, sekaligus tidak boleh dijadikan ukuran pandangan pengundi.
Datuk Rais.
“Keadaan ini tidak diterima dalam amalan kajian sainstifik yang berkualiti kerana kita tidak mengetahui mengapa dan siapa 99.36% responden yang telah dipilih tetapi tidak menjawab.
“Keadaan ini tidak diterima dalam amalan kajian sainstifik yang berkualiti kerana kita tidak mengetahui mengapa dan siapa 99.36% responden yang telah dipilih tetapi tidak menjawab,” kata Rais sebagaimana memetik laporan Free Malaysia Today, hari ini.
Penyelaras INVOKE, Rafizi Ramli pada semalam mengumumkan hasil kajian tersebut mendapati bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih menjadi pilihan berbanding pemimpin Pakatan Harapan (PH).
Kajian yang dilakukan terhadap 17,962 orang responden mendapati 31 peratus memilih Najib, 28.5 peratus memilih calon dari PH manakala 6.1 peratus memilih Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Manakala, 34.4 peratus daripada responden berkenaan tidak menjawab.
Dalam pada itu, Naib Presiden PKR itu juga memaklumkan daripada lapan calon pemimpin PH, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pilihan utama di kalangan penyokong pembangkang untuk menjadi perdana menteri.
Kaji selidik menerusi telefon itu meletakkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di tempat kedua manakala Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad sekadar di tangga ketiga.
Hampir 6,200 atau 34.6 peratus daripada 18,000 responden yang menjawab soalan berhubung pilihan mereka sebagai perdana menteri memilih pemimpin pembangkang.
Daripada jumlah itu, 23.5 peratus memilih Anwar, 17.6 peratus memilih Hadi, manakala 16.5 peratus memilih Mahathir.
Rais dalam pada itu membangkitkan kaedah kajian menerusi telefon itu, merujuk kepada bagaiman 2.8 juta responden dipilih.
“Apakah asas memilih (mendail) 2.8 juta orang pengundi? Perlu difahami bahawa saiz sampel yang besar tidak semestinya menghasilkan parameter estimation yang tepat. Tanpa alasan yang dapat dipertahankan, bilangan ini dilihat sekadar permainan angka dan tanggapan non-saintifik, iaitu saiz sampel yang besar mencerminkan keputusan yang berkualiti tinggi,” kata Rais.
Bukan itu sahaja Rais turut mendakwa tiada penjelasan lanjut berkenaan demografi responden kajian, selain berpendapat hasil INVOKE tersebut perlu mendapat perakuan pakar bebas. (TKO)
1 comment:
Kita tidak berminat untuk membaca atau mempercayai hasil 'kajian' invoke kerana keputusan 'kajian' invoke tersebut boleh dipengaruhi oleh seorang ahli politik yang mempunyai kepentingan politiknya sendiri.
Sepatutnya pihak berkecuali (neutral) yang melaksanakan kajian politik untuk mendapatkan keputusan kajian yang bersifat objektif dan boleh dipercayai!
Post a Comment