Tahaluf siyasi arnab, singa dan demokrasi - Satu Pandangan Luar PAS
Ketika 'sauh dilabuhkan' dan kapal PAS mula belayar membuat haluan baru di bawah slogan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS), saya tertanya-tanya: bagaimanakah Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mahu dunia mengingatinya nanti?
Sama ada beliau akan dikenang sebagai presiden yang berjaya membawa parti itu ke Putrajaya sebagai peneraju sebuah kerajaan; atau sekadar mendapat pujian kerajaan yakni Perdana Menteri Najib Razak - hanya masa dan sejarah akan menentukan.
Sejarah mungkin tidak menipu. Tapi sejarah mencatat peristiwa-peristiwa - kecil atau besar - yang mahu dicatat atau diingat oleh pencatatnya.
Sejarah panjang perjuangan PAS dari era bermulanya reformasi, kemudiannya Barisan Alternatif dan akhirnya Pakatan Rakyat akan sentiasa dikenang sebagai zaman Almarhum Ustaz Fadzil Noor dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, tanpa menafikan Haji Hadi adalah pemain penting selain mereka berdua.
Daripada sebuah parti lebai dan kampungan, PAS diarusperdanakan di bawah slogan PAS For All.
PAS For All berakhir apabila BPMS mengambil alih. Zaman Haji Hadi adalah era BPMS. Ia membawa PAS kepada keadaan yang tidak selesa, malah boleh dikatakan bermusuhan dengan sekutu mereka sebelum ini, DAP.
Era BPMS juga membawa kepada perpecahan terbesar dalam sejarah PAS yang menyebabkan terbentuknya parti serpihan - Parti Amanah Negara (AMANAH).
Dan yang terbaru, era PMS juga membawa kepada terbatalnya tahaluf siyasi atau kerjasama politik PAS dengan PKR.
Jadi makanan singa
Dalam Mathnawi karangan ulama sufi, Rumi, ada diceritakan tentang kisah sekumpulan haiwan yang takutkan singa yang mengganas. Singa itu kuat merajalela dan memburu apa saja haiwan untuk dijadikan makanannya.
Untuk menangani masalah tersebut, haiwan lain berpakat. Tahaluf siyasi tercapai di kalangan para haiwan. Mereka akan mencabut undi setiap hari untuk memilih haiwan yang akan diserahkan kepada singa sebagai habuan.
Dengan itu, mereka berjaya mengelakkan singa daripada mengganas secara rambang dan tidak perlu hidup dalam ketakutan. Cumanya, haiwan yang diundi mesti akur menjadi makanan sang singa.
Dijadikan cerita, tibalah pada suatu hari seekor arnab diundi untuk diserahkan sebagai makanan kepada sang singa. Maka beranglah sang arnab.
"Sampai bila kezaliman ini perlu dibiarkan?" katanya.
Maka arnab pun membatalkan tahaluf siyasinya dengan haiwan-haiwan yang lain.
"Biar aku saja mendepani sang singa dengan caraku sendiri," kata sang arnab. Arnab itu yakin dia punya kepintaran dan cukup matang untuk mendepani sang singa.
Haji Hadi dan PAS ada kemungkinan akan menjadi seperti arnab itu - wira kepada rakyat Malaysia yang sangat mereka jaga akan maslahahnya. Tapi kemungkinan itu hanya benar dan boleh berlaku dalam ekosistem hutan belantara yang hanya ada singa, arnab, anjing, babi, kuda, biawak dan lain lain.
Tidak ada demokrasi di kalangan haiwan. Kita pula telah mengangkat demokrasi sebagai sistem yang paling sesuai untuk hidup bernegara. Tidak ada sebarang sifir atau formula dalam sistem demokrasi yang kita hidup sekarang memungkinkan PAS yang bersendirian mampu mengalahkan Umno, semudah memerangkap seekor singa ke telaga buruk.
Kemungkinan yang lebih logik adalah PAS bersama dengan Umno. Dan jika PAS bersama Umno, juga ada dua kemungkinan.
Pertama, mereka bersama-sama terjun ke dalam telaga seperti sang singa. Atau kedua, PAS bersama dengan Umno meneraju Putrajaya.
Jika itu berlaku, rakyat akan menentukan - benarkah maslahah mereka dijaga PAS, atau PAS sebenarnya pengkhianat dan pembelot kepada perjuangan rakyat untuk membebaskan Malaysia daripada segala macam keburukan akibat salah tadbir urus berpanjangan oleh rejim Umno dan BN.
Dan jawapan kepada persoalan awal tadi - bagaimanakah Haji Hadi akan dikenang nanti - akan lebih mudah untuk kita jawab bersama-sama.
NAJMUDDIN YUSOFF seorang pengurus projek telekomunikasi yang gemar memerhati keletah politik negara, serta penggiat sastera.
10 comments:
Assalamualaikum, tuan.
Adakah tuan benar-benar memahami satira tulisan Najmuddin Yusof itu sebelum tuan meletakkan tajuk baharu dalam posting tuan? Dalam hal sebegini, janganlah terlalu gopoh dan melihat sesebuah wacana itu dengan sebelah mata tertutup. Jika itu menjadi kebiasaan, nanti tuan akan ditertawakan masyarakat. Harap maaf atas pandangan ini.
Wassalam.
T.kasih. Itu pandangan tuan.
ni jenis arnab makan terloebih dedak ayam
Orang bodoh yang mengigau di siang hari sahaja yang merendah-rendahkan potensi parti Islam PAS untuk mencapai kemenangan dalam PRU14 di waktu umat Islam menyaksikan kegagalan Barisan dan Pakatan membela agama Islam dan hak umat Islam dengan membiarkan puak kafir harbi dan puak munafik liberal bebas menghina, memftinah dan memburuk-burukkan ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam sebagai rakyat majoriti mengamalkan ajaran Islam di negara ini.
Oleh sebab itu, parti Islam PAS yang menjadikan Islam sebagai asas perjuangan PAS akan menjadi pilihan majoriti umat Islam dalam PRU14 untuk membela agama Islam dan hak umat Islam di negara ini.
Ingatlah nothing is impossible in politics. Buktinya sudah banyak parti politik yang berkuasa telah ditumbangkan oleh parti yang dianggap lemah.
Jika agamamu, nabimu, kitabmu dihina dan engkau diam sahaja, jelaslah ghiroh (rasa cemburu) telah hilang dari kamu.
Jika ghiroh telah hilang dari hatimu, gantinya hanya satu iaitu kain kafan sebab kehilangan ghiroh sama seperti mati .
Salam.
Kita berbeza pandangan, Tuan Ibnu Hashim, namun saya masih menghormati tuan kerana tuan berkomentar dengan baik apabila membalas ulasan saya.
Wassalam.
Arnab tidak pernah makan dedak ayam cap dacing. Hanya balaci parti Pankhianat, Parti Kencing Rakyat dan Parti Berhantu makan dedak babi cap roket !
Berbicaralah dengan bahasa yang melambang agama yang anda anuti.
Berbicaralah dengan bahasa yang melambangkan agama yang anda anuti.
Politik Arnab,kah...kah...kah.....lucu sangat Ibnu Hasyim ni.Patutah pemimpinnya jalan dibelakang Najib dan mengikut buntut saja,takut rupanya.
“Malah Datuk Seri Najib Razaklah yang menegaskan bahawa kerajaan Umno-BN tidak akan membawa RUU355 sebagai urusan kerajaan.
“[Itu] bermakna RUU355 akan terkubur. Anehnya Umno tidak dipersalahkan kali ini.
” Majlis Syura PAS pada Khamis membatalkan kerjasama politik dengan PKR dengan tiga alasan antaranya parti itu tidak menyokong malah menentang sebahagian agenda Islam yang dibawa PAS seperti RUU 355
Post a Comment