– Gambar hiasan
PUSAT-pusat maksiat, judi haram, rumah urut jadi sarang pelacuran haram turut menjadi sasaran segelintir anggota polis mengutip wang perlindungan. Bagaimana pula dengan aktiviti maksiat yang tidak dikategori 'haram' oleh kerajaan M'sia? |
MELAKA – Lima individu termasuk tiga pegawai polis diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah dalam operasi serentak di negeri ini semalam.
Mereka yang ditahan terdiri daripada dua pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP), seorang berpangkat inspektor dan dua orang awam. Kesemua yang ditangkap berusia 31 hingga 41 tahun.
Tiga pegawai polis yang ditangkap itu masing-masing bertugas di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Melaka, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dan IPD Jasin.
Siasatan awal mendapati kelima-lima yang ditahan dipercayai menerima wang daripada pengusaha-pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di beberapa lokasi di sekitar Melaka bagi melindungi kegiatan haram tersebut.
Satu sumber berkata, salah seorang individu yang ditahan bertindak sebagai orang tengah kepada tiga pegawai polis terbabit untuk mengutip wang perlindungan daripada pengusaha premis manakala seorang lagi merupakan pengusaha pusat judi haram yang dipantau oleh SPRM.
“Tangkapan ke atas kesemua lelaki tersebut pada pukul 11 pagi selepas SPRM menjalankan pemantauan dan risikan sejak beberapa bulan lalu.
“Setakat ini, kita masih menyiasat lanjut kaitan (hubungan) dua orang awam yang ditahan dan tiga pegawai polis tersebut serta dakwaan penukaran serta-merta sekiranya terdapat pegawai polis yang enggan bersekongkol dalam kegiatan haram tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Tahniah SPRM! (IH)
No comments:
Post a Comment