Sunday, May 07, 2017

Tuntut Ahok Dipenjara, Sepatutnya 5 Tahun. Tunggu Selasa Ini..




Jakarta: Ribuan orang semalam menyertai tunjuk perasaan untuk mendesak gabenor bandar raya ini yang berdepan tuduhan menghina kitab suci al-Quran dipenjarakan.
Mereka yang sebahagian besarnya berjubah putih berarak selepas solat Jumaat di Masjid Istiqlal di tengah Jakarta sebelum berhimpun di bangunan Mahkamah Agung.
Tunjuk perasaan itu diadakan beberapa hari sebelum sebuah mahkamah daerah mengumumkan keputusan perbicaraan menghina agama terhadap Gabenor Basuki Tjahaja Purnama Ahok.
Sebahagian penunjuk perasaan membawa bendera dan sepanduk dengan kata-kata ‘Keadilan mesti ditegakkan’ dan ‘Ahok mesti dipenjara.’
Pendakwa raya bulan lalu meminta mahkamah mengenakan hukuman penjara tertunda dua tahun ke atas Ahok.
Tuntutan hukuman yangT ringan itu dibuat sehari selepas Ahok kalah besar dalam pilihan raya memilih gabenor baru Jakarta.
Penggal perkhidmatan Ahok berakhir Oktober ini.
Hukuman maksimum bagi kesalahan menghina agama ialah penjara lima tahun. Pendakwa raya juga mengesyorkan satu tahun penjara jika Ahok mencabuli syarat pemerhatian.
Ahok dituduh menghina Islam tahun lalu apabila satu video tersebar menunjukkan dia memberitahu pengundi bahawa mereka ditipu dengan satu ayat Surah Al-Maidah yang melarang pengundi Muslim memilih bukan Islam sebagai pemimpin.
Tunjuk perasaan sebelum ini menarik ribuan peserta, sekali gus menggugat kerajaan Presiden Joko Widodo di samping menjejaskan reputasi Indonesia sebagai negara yang mengamalkan Islam sederhana.
Panel lima orang hakim dijangka mengumumkan keputusan perbicaraan terhadap Ahok Selasa ini.

Image may contain: 1 person, eyeglasses
Ibnu Hasyim

Alamat: ibnuhasyim@gmail.com 
Jakarta.
6 Mei 2017 



Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Mei 2017 @ 12:04 AM



16 comments:

Anonymous said...

Ahok Penang banglo terlajak diskaun yg rasis dan cauvanis tu bila lagi

IrWrWs said...

Kita kasi bungkus je dlm PRU14..

Anonymous said...

Awat hang mamu marah sangat kat LGE. Kira dah baguih dh LGE tu banding dgn penyamun Jibby tu. Jibby tu billion2 dia sapu, dia lesapkan lps tu dia nak sapu pulak kita dgn kenaikkan GST. Hampa la noh.

IrWrWs said...

Kan aku dah kata akan ada PAN membela tokongnya.. tapi bila ulamak dinista buat derk je.. duit terowong bawah tanah entah ke mana tau2 dpt banglo murah tanpa kolam...

Anonymous said...

Kat Terengganu ramai ahok rupanya..sebab tu ketua presideng parti Islam kena tendang..mb sepenggal.kah kah kah

Takburrr!

IrWrWs said...

Kat perak lagi ramai ahok sebab tu MB G18 kena tendang oleh rakyat .. MB 12 tahun ehhh MB 12 bulan (setahun) keh keh..

Anonymous said...

Sudah aku nyatakan sebelum ini, komen An Anonymous menyerlahkan kewanrosliannya, kah kah kah...

Anonymous said...

Setahun dan sepenggal dua2 ex mb dari PAS (PAN Malaysian Islamic party).

Yg paling kelakar, ketua presidengnya mb sepenggal terus ditendang oleh majoriti umat Islam Terengganu. Ramai penyokong ahok rupanya di sana.keh keh keh

IrWrWs said...

Yg mb setahun tu G18.. sebab tu DAP bagi jadi mb sebab dah tahu dah boleh dikontrol dgn Perjanjian Pangkor ll.. tak malu ke jadi mb setahun.. keh keh..

IrWrWs said...

Hebat juga 'wanrosli' ni.. sampai terkedu org PAN nak lawan hujah dia.. keh keh..

IrWrWs said...

Khabarnya mb setahun sudah malu besar kerana sudah terbongkar penglibatan beliau dlm Perjanjian Pangkor ll yg jelas membodoh2kan G18 keh keh..

Anonymous said...

begitulah nsb puak ph.sygkan sgt dap.dikencing dan prbodohkn oleh dap.bila pas ajak brsama ditolak dan dmaki.diorang ingt dap baik sgt nk serah kuasa pd melayu.dap ada agenda tersmbunyi nk musnh melayu dan islam

Anonymous said...

Dah npk mcm badut wan rosli ni merata2 sebab nak pertahankan Parti Ajaran Syaitan nya. Org melayu tak boleh ditipu lg.

Anonymous said...

Yg paling malu besar tuang presideng parti Islam 65thn kena tendang dgn majoriti umat Islam Terengganu. Ramai jugak penyokong ahok di sana rupanya..MB sepenggal..keh keh keh

Anonymous said...

MCA gelarkan Hadi sbg ketua lebai beruk..boleh pulak Hadi ajak ahli2 Pas maafkan kafir harbi MCA. Dgn org Islam dlm Amanah, PKR dan DAP dibuat musuh besar pulak.

Apa beza MCA, MIC, GERAKAN dan BN dgn DAP?

Ini semua pasal parti lebai dah termakan dedak haram ditabur ketua penyamun duit rakyat.

Anonymous said...

bezanya banyak.terlalu byk.tp apa kaitan pas dgn mic.nk disamakn hub pan dap.rasanya mcm langit dan bumi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails