DS Najib menggariskan empat faktor Umno sentiasa bertambah kukuh,
Pertama Umno tidak pernah meninggalkan asas perjuangan parti iaitu berpaksikan Islam, Melayu Bumiputera dan negara Malaysia.
Kedua, Umno meletakkan perjuangan parti untuk kepentingan seluruh rakyat dari dahulu hingga sekarang. Umno berjuang bukan untuk ahli bahkan semua rakyat tanpa mengira latar belakang.
Ketiga, Umno sentiasa relevan mengikut peredaran zaman dan..
keempat, Umno mempunyai wawasan serta tindakan yang kolektif bersama komponen Barisan Nasional.
Apakah masih ada faktor ini di dalam Umno. Apakah benar umno memperjuangkan Islam yang syumul seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW sama ada dari segi percakapan atau amalan. Di manakah tokoh-tokoh agama Umno yang boleh memberi teguran kepada pemimpin Umno dan menjadi kata putus dalam soal agama.
Apakah teguran mereka diambil kira. Tokoh-tokoh agama seperti Tan Sri Yusuf Noor, Datuk Abdullah Mohd Zin, Dr Masitah Ibrahim, Ust Mohd Nor Idris, Ustaz Mustafa Taib dan ramai lagi. Apakah peranan mereka hanya untuk membaca doa semata-mata. Ia berbeza dengan PAS, yang telah meletakkan Majlis Syura Ulamak sebagai rujukan hukum berpolitik dan bernegara.
Mengenai asas kedua yang mengatakan umno mementingkan kepentingan rakyat. Sudah menjadi rahsia umum, umno gagal memberi keselesaan kepada rayat. Kehidupan rakyat semakin tertekan. Kualiti hidup rakyat semakin menurun. Rakyat tertekan dengan kos sara hidup yang meningkat.
Penguatkuasa GST dan penarikan subsidi telah memberi tekanan hidup kepada rakyat pendapatan rendah. Harga rumah melabung, kos pengangkutan meningkat apakah pemimpin umno boleh mendakwa perjuanganya telah mementingkan rakyat? Apakah dengan pemberian BRIM, pemimpin umno boleh anggap ini sebagai air mutlak suci lagi menyucikan terhadap penderitaan rakyat?
Apakah Umno masih relevan mengikut peredaran zaman. Umno sudah tidak relevan untuk generasi muda. Mereka hanya ikut-ikut sahaja bersama Umno. Ideologi perjuangan sudah tidak tidak ada seperti generasi awal. Perjuangan dengan Umno hanya sebagai batu loncatan untuk hendak mendapat projek sahaja, bukan untuk menegakkan idealisma perjuangan. Oleh itu generasi muda yang terdedah dengan maklumat tidak bersama Umno, walaupun ibu bapa mereka penyokong tegar Umno.
Terakhir, DS Najib mengatakan Umno hebat kerana ia mempunyai wawasan dan tindakan secara kolektif bersama dengan rakan komponen BN. Tetapi rakyat umum melihat, perjuangan Umno hari ini sudah kehilangan jati diri yang banyak mengalah kepada rakan komponen, akhirnya untung jangka pendek tetapi merugikan jangka panjang.
Sebenarnya Umno relevan kerana ada 3 M, (wang, media dan jentera kerajaan), bukan kerana ideologi dan kekuatan jati diri.
USTAZ IDRIS AHMAD
Naib Presiden PAS
15 Syaban 1438/ 12 Mei 2017 – HARAKAHDAILY 12/5/2017
Naib Presiden PAS
15 Syaban 1438/ 12 Mei 2017 – HARAKAHDAILY 12/5/2017
2 comments:
Lebai2 PAS ni sembang kencang dan berkobar2 dalam kononnya memperjuangkan Islam,bangsa dan negara tetapi pada masa yang sama bersahabat dengan UMNO dan Najib .Semua orang tahu Najib pemakan rasuah No1 Malaysia,penyalahguna kuasa dan perompak duit rakyat.Sebagai rumusan parti PAS sudah tidak relevan di Malaysia.
Apa bezanya di Penang, Selangor dan di merata2 tempat yg bawak lari kerusi..
Post a Comment