Thursday, June 15, 2017

Anak Pendatang Dipilih PM Ireland Di M'si Ade Ke?


LEO Varadkar. 

DUBLIN: Leo Varadkar dipilih sebagai Perdana Menteri Ireland hari ini, menjadikan anak lelaki seorang pendatang India itu pemimpin gay pertama dan individu termuda memegang jawatan itu. 

Varadkar, 38, yang dicalonkan di parlimen oleh perdana menteri Enda Kenny yang melepaskan jawatan itu, menang undian pembuat dasar bebas yang menyokong kerajaan minoriti parti Fine Gael pimpinannya serta memperoleh undi berkecuali daripada parti pembangkang utama, Fianna Fail. 

"Sebagai pemimpin termuda negara ini, beliau bercakap untuk generasi baharu wanita dan lelaki Ireland, beliau mewakili Ireland yang moden, pelbagai dan inklusif serta bercakap untuk mereka seperti yang lain," kata Kenny kepada parlimen sebelum undian. - Reuters

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Di Malaysia ade ke, keturunan pendatang cucu-cicitnya yang nak jadi PM Malaysia?

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, 
Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

1 comment:

Anonymous said...

Ada dan ia telah lama berlaku sejak ada UMNO.Tetapi kalau pemimpin ini tidak makan duit rakyat,mencuri duit rakyat,menyalah guna kuasa maka rasanya tiada masalah.Tetapi pemimpin Panglima Bugis sekarang ni patut di tukar kerana banyak membawa kerosakan kepada ekonomi negara dan menyusahkan rakyat.Sayangnya pemimpin PAS tak nampak benda ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails