Monday, June 12, 2017

Arab Saudi Haramkan Semua Buku Al-Qaradawi



RIYADH: Arab Saudi semalam mengarahkan pengharaman semua buku yang ditulis oleh pakar fiqh terkenal Dr Yusuf al-Qaradawi, lapor agensi berita Anadolu dari Turki.

Surat Kementerian Pendidikan Arab Saudi yang ditanda tangani menterinya, Ahmed Bin Mohammed Al-Issa, turut mengarahkan semua judul karangan Qaradawi dikeluarkan daripada sekolah, universiti dan perpustakaan.

Ia beberapa hari selepas Riyadh, yang mengetuai kempen menentang Qatar, menamakan Qaradawi sebagai “pengganas”.

Qaradawi, ulama kelahiran Mesir, sudah sekian lama hidup dalam buangan dan menjadikan Doha sebagai pengkalannya.

Beliau menerima pengiktirafan kebanyakan negara Islam termasuk Malaysia, yang menganugerahkan kepadanya Tokoh Maal Hijrah pada 2009.

Fatwa dan karangan beliau kerap dijadikan rujukan seluruh dunia bagi merungkai isu semasa melibatkan syariah dan masalah fiqh.

Bukunya Al-Halal Wal-Haram fi Islam (Halal dan Haram Dalam Islam) menganjurkan kesederhanaan dan penggunaan akal beserta dalil sah, apabila berdepan persoalan fiqh semasa, dan diterjemahkan ke dalam hampir semua bahasa yang dituturi umat Islam sedunia.

Dengan lebih 120 buku, beliau merupakan antara sarjana Islam yang paling berpengaruh di abad ini. Pada 2009, Qaradawi disenaraikan sebagai antara 500 individu Muslim yang paling berpengaruh di dunia.

Kritikan Qaradawi terhadap beberapa regim Arab dan pandangan sederhana beliau mengenai perbezaan mazhab bagaimanapun tidak disenangi beberapa ulama yang beraliran Wahabi, aliran yang mendominasi dasar kerajaan Saudi.
Baru-baru ini, sebanyak 59 individu dan 12 pertubuhan dituduh terlibat mendokong keganasan dalam senarai yang dikeluarkan Arab Saudi dan beberapa kuncu Amerika Syarikat seperti Bahrain, Mesir dan UAE, dalam usaha meningkatkan serangan diplomatik ke atas Qatar.



Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

3 comments:

Anonymous said...

Cuba tanya Th Presiden, tak nak nasihatkan ke negara2 Arab tu?

Anonymous said...

PENGKHIANATAN KERAJAAN ARAB SAUDI TERHADAP AGAMA ISLAM DAN UMAT ISLAM

Kerajaan Arab Saudi adalah anjing Zionis yang telah bersubahat dengan rejim pengganas Israel dan Amerika Syarikat dan NATO memusnahkan negara umat Islam seperti Iraq, Libya dan Syria dan menyokong talibarut Israel yang bernama El-Sisi (nama Yahudi) menggulingkan kerajaan Islam Presiden Morsi (Mesir) secara haram dan sekarang mengancam Qatar kerana Qatar membela Palestine, umat Islam dan ulama Islam yang tertindas.

Arab Saudi mempunyai kerjasama perisikan, pertahanan dll dengan dengan rejim pengganas Israel untuk menjamin survival rejim pengganas Israel dan menindas umat Islam Palestin di Gaza dan memusnahkan negara-negara Arab seperti Iraq dan Libya dll yang bersimpati dengan perjuangan Palestin dan menentang Israel..

Sebagai contoh, kerajaan Arab Saudi telah membenarkan 6 jet pejuang F-15A dan 8 F16A yang membawa bom 2000 lb jenis Mark-84 dan dipandu oleh Ze’ev Raz, Amos Yadlin, Dobbi Yaffe, Hagai Katz, Amir Nachumi, Iftach Spector, Relik Shafir, dan Ilan Ramon terbang melalui ruang udara Arab Saudi untuk mengebom dan memusnahkan reaktor nuklear Osirak di Iraq dalam operasi Operation Opera ( מבצע אופרה‎‎‎‎) @ Operation Babylon pada 7 Jun 1981. Ini bererti Arab Saudi telah mengkhianati Iraq yang berusaha membuat bom nuklear untuk menentang rejim pengganas Israel.

Arab Saudi juga bekerjasama dengan Israel dan sekutu Israel seperti Amerika Syarikat dan NATO untuk menyerang dan memusnahkan negara umat Islam Iraq pada 2 Ogos 1990 – 17 Januari 1991 dan 20 March to 1 Mei 2003 kerana Presiden Saddam Hussain menyokong perjuangan Palestin dan Saddam Hussain tidak mahu tunduk kepada Israel dan sekutunya.

Kerajaan Arab Saudi juga cuba menghapuskan semua bukti sejarah perkembangan Islam di Arab Saudi dan menggantikan lokasi tersebut dengan bangunan pencakar langit dll ! Mengapa kera-jaan Arab Saudi sibuk memusnahkan bukti sejarah Islam?

Ini bererti Arab Saudi adalah pengkhianat kepada agama Islam, umat Islam dan negara Arab.

NOTA:

(1) Sebenar terdapat banyak lagi bukti tentang pengkhianatan Arab Saudi.

(2) Saya berharap tuan puan sudi mencari maklumat tentang asal keturunan puak Saud dan mengapa mereka menyokong Israel.

Anda akan pasti terkejut !

Anonymous said...

Liga Islam Sedunia ( رابطة العالم الاسلامي @ Muslim World League ) adalah NGO yang dibiayai oleh kerajaan Arab Saudi yang berfungsi sebagai jurucakap kerajaan Arab Saudi mempromosi dan menyebarkan Wahhabisme.

Maka kita tidak merasa hairan melihat Liga Islam Sedunia yang menjadi boneka rejim Arab Saudi membatalkan keahlian ulama Islam terkenal Yusuf al-Qaradawi selepas nama beliau diletakkan dalam senarai pengganas yang dikeluarkan oleh rejim Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan Mesir yang menjadi barua rejim pengganas Israel.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails