Friday, June 16, 2017

Babi Hutan Berkeliaran Di Hentian Bas S'pura. Ada Kaitan Dengan Agama?


Lebih 20 Babi Hutan Serbu Hentian Bas Singapura

SINGAPURA – Kelibat babi hutan berkeliaran di republik kecil ini bukan lagi pemandangan pelik, bahkan jumlahnya makin bertambah setiap tahun hingga mencetuskan kebimbangan penduduk.

Terbaharu, satu rakaman video amatur tersebar tular menerusi media sosial tempatan pada lewat Rabu lalu yang menunjukkan sekumpulan babi liar dari semak berdekatan ‘ceria’ berkeliaran bebas di hentian bas Tuas di sini.
Video itu dimuat naik melalui laman Facebook dikenali Our Singapore pada jam 9 malam yang sudah ditonton lebih sejuta kali, selain menerima lebih 28,000 perkongsian serta kira-kira 2,000 komen dan lebih 4,000 tanda suka.
Rakaman tersebut jelas menunjukkan sekitar lebih 20 ekor haiwan spesies najis berat atau mughallazah itu, yang kelihatan mundar-mandir menunggu makanan di hadapan kantin Kesatuan Pekerja Pengangkutan Kebangsaan.
Haiwan itu juga kelihatan mengekori seorang lelaki yang sedang menolak troli ke sebuah vannya manakala beberapa pelanggan berada di kantin tersebut kelihatan terpinga-pinga melihat babi berkenaan ‘merayu’ ihsan makanan.

Lebih 20 Babi Hutan Serbu Hentian Bas Singapura

Video berdurasi selama 2 minit 29 saat itu nyata menerima kritikan ramai netizen Singapura yang menyifatkan senario tersebut berlaku disebabkan sikap penduduk suka memberi makan kepada babi hutan tanpa kawalan.
Pada 2012, seekor babi hutan dilihat berkeliaran di kawasan semak dekat kantin itu. Secara kebetulan ia terletak berhampiran lebuh raya Ayer Rajah bersebelahan hutan paya Sungai Selolo dan padang golf Raffles Country Club.
Awal tahun ini, Penguasa Agro-Makanan dan Veterinar (AVA) menyatakan ia sudah menerima 140 maklum balas mengenai babi hutan liar pada tahun lalu – berbanding cuma 80 kes pada 2015 dan 30 pada tahun sebelumnya.
Pihak AVA menasihati orang ramai supaya menjauhkan diri daripada babi hutan kerana haiwan itu boleh dianggap berbahaya serta jangan memberi makanan sebab langkah tersebut menggalakkan ia kembali ke tempat yang sama.
Di Singapura, haiwan buas itu lazimnya boleh mencecah berat 100 kilogram dengan jangka hayat hampir 20 tahun, manakala si betina boleh melahirkan sehingga lapan ekor anak sepanjang tahun. 
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Drs. Suady Husin: Suatu Tinjauan Tentang Adat Perkawinan dan Warisan Pada Masyarakat Islam di Nias Pesisir, (Medan Sumatera) Fakultas Ilmu Sosial IKIP Medan Tahun 1976. Katanya, Mengapa Kristian Mendahului Islam Berkembang Di Nias? 
(Lihat.. Ibnu Hasyim: Dari Gunungsitoli, Pulau Nias.. )

Banyak sebab diberi, antaranya..
  • Masyarakat setempat yang biasa beternak babi membuat para pendatang beragama Islam sulit berasimilasi dengan penduduk asli. Hanya penduduk asli yang datang ke perkampungan ummat Islam dan berinteraksi cukup intens dengan para pendatang saja yang akhirnya masuk Islam.
  • Ternak babi bagi masyarakat Nias merupakan ternak utama untuk upacara-upacara adat, sehingga sangat wajar jika mereka sulit menerima kepercayaan baru yang mengharamkannya.
Imej yang berkaitan

Apakah dengan berkeliarannya babi di hentian bas di kota Singa itu ada kaitan dengan pengembangan Islam di sana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails