Tuesday, June 20, 2017

Begini, Lelaki-Wanita Solat Bersama, Berimamkan Ani Tan Sri...


 AFP - LELAKI dan wanita menunaikan solat Jumaat bersama-sama di Masjid Ibn Rushd-Goethe, Berlin pada Jumaat lalu.
BERLIN – Sebuah masjid yang menyebarkan fahaman Islam liberal membenarkan lelaki dan wanita menunaikan solat bersama-sama, dibuka di ibu kota Jerman, Berlin, lengkap dengan beberapa imam wanita.
Suara azan bergema di Masjid Ibn-Rushd-Goethe itu ketika warga Amerika Syarikat kelahiran Malaysia, Ani Zonneveld atau Zuraini Tan Sri Abdul Khalid mengimamkan solat Jumaat pada minggu lalu.
Dia merupakan salah seorang daripada beberapa imam wanita di dunia.
Pengasas masjid itu yang juga seorang peguam dan aktivis hak asasi wanita, Seyran Ates merasmikan masjid itu dengan ucapan selamat datang kepada sejumlah besar petugas media dan tetamu beragama Kristian serta Yahudi.
“Kami mahu menghantar mesej untuk memera­ngi keganasan Islam selain pe­nyalahgunaan agama kami.
“Kami mahu mengamalkan agama kami bersama-sama,” kata Ates yang berumur 54 tahun.
Masjid baharu dan yang ke-88 di Berlin itu terletak di tingkat tiga bangunan gereja St.John.
Sementara itu, tujuh pengasasnya berkata, masjid itu dibuka kepada semua golongan termasuk gay dan lesbian.
“Masjid ini membenarkan orang Islam mencari identiti mereka dengan cara terbaharu,” kata pe­ngasas bersama dan ulama Jerman, Abdel-Hakim Ourghi. – AFP
Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

4 comments:

Anonymous said...

Nahuzubillah bizalik!

Minta dijauhkan Allah perkara ini berlaku di negara kita!

Ini bukan ajaran agama Islam seperti yang dibawa Nabi Muhammad S.A.W. Ini penganut yang sesat dan suka memandai-mandai dan suka merombak serta mengubah suai hukum agama sesuka hati dan mengikut citarasa mereka sahaja kerana mereka merasa diri mereka open-minded dan shospikated tetapi mereka sebenarnya telah sesat jauh dari Islam sebenarnya.

Hukum Islam yang ditetapkan dalam A-Quran dan Hadis tidak boleh diubah-suai dan dirojak sesuka hati dan mengikut citarasa manusia walaupun zaman telah berubah.

Anonymous said...

Puak munafik liberal termasuk puak feminis liberal adalah musang berbulu ayam, musuh dalam selimut dan gunting dalam lipatan kerana mereka menggunakan pelbagai tipu daya untuk memusnahkan agama Islam dan menyesatkan umat Islam.

Contoh feminis liberal ialah 'Sisters In (deep) Shit' (SIS), kumpulan 'Gila 25' dll yang disokong oleh NGO dan parti kafir harbi dan liberal.

Mereka juga mentafsirkan Al-Qur'an berdasarkan kejahilan dan hawa nafsu serakah mereka sendiri dan menolak Sunnah Rasulullah s.a.w. supaya mereka boleh menyesatkan umat Islam. Ini bererti mereka tidak beriman pada Nabi Muhammad s.a.w. dan Al-Qur'an.

Mereka menghalalkan yang haram seperti zina, judi, arak dll dan mengharamkan yang halal seperti poligami dan mempertikai ajaran Al-Qur'an seperti hukum faraid. Mereka juga mempromosi kebebasan melakukan kemungkaran, kesesatan dan murtad dengan alasan kononnya manusia mempunyai hak kebebasan individu !

Agama Islam hanya membenarkan orang perempuan menjadi imam untuk makmum perempuan sahaja
dan agama Islam tidak membenarkan orang perempuan menjadi imam untuk makmum lelaki atau campuran lelaki dan perempuan.

Bukti: Dari Abu Hurairah, dia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Sebaik-baik saf bagi lelaki adalah yang paling hadapan dan seburuk-buruknya adalah yang paling belakang. Sebaik-baik saf wanita adalah yang paling belakang dan seburuk-buruknya adalah yang paling hadapan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Maka perempuan tidak wajar menjadi imam dan berdiri di tempat paling hadapan di hadapan makmum lelaki. Imam an-Nawawi telah berkata bahawa solat makmum lelaki tidak sah jika perempuan menjadi imam mereka !

Ini bererti mereka telah kufur akidah (murtad) kerana mereka mengingkari perintah Allah dan RasulNya. Mereka inilah yang sedang digunakan oleh Yahudi Zionis dan rejim pengganas Israel untuk melemahkan atau memusnahkan ajaran Islam dan menyesatkan umat Islam di seluruh dunia.

Anonymous said...

PEMBETULAN KOMEN June 20, 2017 at 2:07 PM

CONTOH PUAK LIBERAL DI MALAYSIA:

Contoh feminis liberal ialah 'Sisters In (deep) Shit' (SIS) dll, contoh NGO liberal ialah kumpulan 'Gila 25' dan 'Illuminati Renaissance Front' (IRF) dll dan contoh parti liberal ialah parti kuali dan Parti Kencing Rakyat dll yang disokong oleh NGO dan parti kafir harbi dan liberal.

Anonymous said...

Apa nak dihairankan jika si betina anak bekas pemimpin dumno berkahwin dengan seorang agnostik (atheis @ meragui kewujudan tuhan) kelahiran Belanda sedangkan agama Islam melarang perempuan Muslim berkahwin dengan lelaki kafir dan sekarang dia menjadi aktivis liberal dan sedang berusaha menyesatkan umat Islam!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails