Tuesday, June 13, 2017

Bom Gegarkan Marawi, 58 Tentera Terbunuh.


 AFP - PEKERJA awam menangis ketika Adion memberikan ucapan di Marawi, Filipina semalam. Kononnya..

MARAWI – Letupan bom menggegarkan Marawi di selatan Filipina semalam ketika bendera negara dinaikkan bagi menyambut Hari Kemerdekaan, selepas hampir tiga minggu beratus-ratus kumpulan pengganas menakluki bandar tersebut.
Pekerja keselamatan, tentera dan bomba me­nyanyikan lagu kebangsaan dan mendengar ucapan dengan tiga pesawat serangan OV-10 melintasi ruang udara, menunggu giliran untuk menggugurkan bom di kawasan yang masih dikuasai pengganas.
“Kepada saudara Islam kita di sana, kami meminta mereka menghentikan pertempuran sia-sia ini kerana kita semua adalah bersaudara,” ujar Timbalan Gabenor, Mamintal Adiong Jr.
Bekas Pensyarah Malaysia Bakal Jadi Ketua IS Selatan Filipina?  Lihat ini..Dr Mahmud Bakal Pemimpin Negara Islam Selatan Filipina. 
Acara menaikkan bendera adalah perkara normal yang dilakukan dua kali seminggu tetapi ia adalah pertama kali di bandar majoriti Islam itu sejak 23 Mei lalu apabila kumpulan militan membunuh dan menculik pe­nganut Kristian dan membakar gereja.
Hampir semua penduduk sebanyak 200,000 orang melarikan diri tetapi terdapat kira-kira 500 hingga 1,000 orang awam masih terperangkap atau dijadikan tebusan.
Sehingga Sabtu lepas, jumlah pasukan tentera yang terbunuh dalam pertempuran di Marawi sebanyak 58 orang. Seramai 20 orang awam terbunuh dan 100 lagi dibunuh. – Reuters
Sila rujuk semula..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails