GEORGETOWN - Parti Gerakan Pulau Pinang hari ini mendakwa tiga lagi Adun dari PKR dikenakan tindakan pembekuan peruntukan bagi kawasan mereka selepas gagal menghadiri satu majlis rasmi kerajaan negeri.
Naib pengerusi Gerakan negeri, Oh Tong Keong berkata, peruntukan bagi Adun Machang Bubok, Lee Khai Loon, Adun Bukit Tengah Ong Chin Wen dan Adun Kebun Bungah, Cheah Kah Peng dibekukan kerajaan DAP setelah mereka gagal menghadiri istiadat mengangkat sumpah pelantikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada 29 April lepas.
Beliau berkata, kerajaan negeri sepatutnya mengguna kaedah lain untuk menghukum mereka yang gagal menghadiri majlis rasmi kerajaan negeri dan bukannya dengan membeku peruntukan yang sepatutnya digunakan untuk rakyat kawasan berkenaan.
"Saya ingin menggesa Ketua Menteri (Lim Guan Eng) supaya tidak membekukan peruntukan wakil-wakil rakyat PKR... peruntukan ini demi kebajikan dan kebaikan rakyat setiap kawasan berkenaan. Peruntukan ini adalah bagi Dun setiap kawasan, ia tidak boleh berdasarkan piawaian beliau sendiri untuk memberi peruntukan ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Pada Mei lepas, Adun PKR bagi kawasan Penanti, Dr Norlela Ariffin mendakwa peruntukan kawasannya dibekukan kerajaan negeri kerana gagal menghadiri istiadat mengangkat sumpah pelantikan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.
Tong Keong berkata, tindakan kerajaan negeri dilihat seolah-olah ingin membalas dendam terhadap wakil rakyat PKR yang tidak menyokong tindakan kerajaan negeri mengenai isu tambak tanah pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun).
Tong Keong dan Kah Peng pernah dipecat kerajaan Pulau Pinang daripada syarikat berkaitan kerajaan negeri tahun lepas apabila mereka bertindak berkecuali semasa mengundi usul penambakan tanah yang dibawa oleh Barisan Nasional semasa persidangan Dun Pulau Pinang.
Usaha mendapatkan pengesahan ketiga-tiga Adun PKR itu gagal kerana mereka yang dihubungi tidak mahu mengulas mengenai isu pembekuan peruntukan itu.
Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Rashid Hasnon ketika dihubungi Bernama berkata, isu itu selesai selepas enam Adun termasuk yang bukan dari PKR telah membalas surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kerajaan negeri sebelum ini.
"Enam wakil rakyat tidak hadir ke istiadat mengangkat sumpah pada April lepas dan mereka telah memberikan sebab tidak hadir. Maka, isu itu dianggap selesai," katanya.
Rashid yang juga Timbalan Pengerusi PKR negeri berkata, kerajaan negeri kini dalam proses meluluskan peruntukan yang sepatutnya diterima kesemua Adun berkenaan. - Bernama
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.
bagi tau gerakan jaga kote dan jubok sendiri. hal dan keadah ni kerap sering selalu acapkali digunapakai bn.cina tak sedaqdiri. puthi.
ReplyDeleteJgn ikut Ketua PAS Gombak, Hj! Nama jer ahli parti agama... tapi macam fael ahli parti bangsa!
ReplyDelete