Wednesday, June 21, 2017

'Eksploit zikrullah’ Mengapa Tak Menyeluruh? Salah Pemimpin?


KANGAR – Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) menegaskan perbuatan memungut sumbangan untuk menganjur program tahlil dan khatam quran untuk orang yang meninggal adalah perbuatan bidaah yang amat keji.

Pengarah JAIPs, Dr. Hazman Hassan berkata JAIPs melarang keras amalan tersebut kerana terdapat unsur untuk memperdaya orang ramai dengan amalan yang mengeksploit ‘zikrullah’ dan ayat suci al-quran.
“Perbuatan ini juga sama seperti memperdagangkan pahala yang menyerupai amalan ‘sukuk al-ghufran’ (sijil keampunan) penganut agama Nasrani,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Menurut beliau, fatwa melarang perbuatan itu dan mengutup wang penganjuran diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Ke-11/2013.
Sehubungan itu beliau menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan pihak yang membuat kutipan bagi menganjurkan program sebegitu.
Hazman berkata siasatan JAIPs mendapati wujud aktiviti mengutip sumbangan untuk mengadakan tahlil arwah di sebuah Sekolah Rendah Agama Rakyat di utara Perlis dengan penganjur turut mencetak brosur serta membuat hebahan melalui WhatsApp dan media Facebook.
“Pihak sekolah juga mengakui melaksanakan program itu dan JAIPs telah mengarahkan mereka supaya menghentikannya,” katanya dengan menambah perbuatan itu melanggar Fatwa Negeri Perlis yang menyalahi Seksyen 39 Enakmen Jenayah Dalam Syarak 1991. – BERNAMA

Komen Weblog IbnuHasyim: Semalam saya (Ibnu Hasyim) bersolat tarawih di sebuah surau di Selangor, lepas solat Isyak sebelum memulakan solat Tarawih. Saya terperangkap dengan suatu upacara di surau itu, seperti yang disebutkan oleh Pengarah JAIPs, tersebut. Iaitu upacara 'program tahlil' untuk orang yang meninggal' dan beberapa perkara 'bidaah' yang berkaitan.

Dr. Hazman Hassan berkata JAIPs atau bahagian agama Islam Negeri Perlis melarang keras amalan tersebut kerana terdapat unsur 'memperdaya orang ramai dengan amalan yang mengeksploit ‘zikrullah’ dan ayat suci al-quran.

Menurutnya juga, “Perbuatan ini juga sama seperti memperdagangkan pahala yang menyerupai amalan ‘sukuk al-ghufran’ (sijil keampunan) penganut agama Nasrani,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Kalau betul hukumnya begitu, ianya amat berat bagi orang Islam.. Mengapa peraturan ini hanya berlaku di Perlis sahaja? Tidak di peringkat nasional Malaysia yang tertakluk di bawah perlembaggaan Persekutuan (Perkara 3) perkara yang sama?

Dalam banyak perkara, Malaysia agak terkedepan dan canggih perlaksanaannya. Tetapi dalam perkara agama terutama masalah bidaah dan khurafat, Malaysia seoalh-olah masih tidak mampu menyelarasnya keseluruh negara. Mengapa jagi begitu? 

Inilah antara kelembapan pentadbiran pemimpin Islam Malaysia dalam membangunkan negara serentak dengan pembangunan menurut Islam. Ataukah juga kerana kebanyakan pemimpin tertingi Malaysia terdiri dari pemimpin yang tidak tahu dan tidak berpendidikan agama?

Pada saya, kalau mahu negara jadi Islam kena pilih parti Islam dalam pilihan raya. Undilah PAS dalam PRU 14 akan datang, inilah peluang dan masa paling tepat untuk menambah kuasa Islam dalam pemerintahan.

3 comments:

  1. Err... PAS kan sebahagian dari kerajaan negeri. Awat, tak tegur ka?

    ReplyDelete
  2. Ya. kerana sebahagian. Itu yang tak boleh buat apa-apa. Apa lagi pemimpin S'ngor banyak bukan Islam dan tak paham Islam, walau pun mengaku beragama Islam.

    ReplyDelete
  3. Kita bersetuju dengan pendapat tuan Ibnu Hasyim. Marilah kita semua umat Islam menyokong parti Islam dalam PRU14 untuk membentuk kerajaan Islam yang boleh membela agama Islam dan hak umat Islam kerana semua parti sekular, liberal dan kafir harbi tidak berminat membela agama Islam dan hak umat Islam.

    ReplyDelete