Monday, June 12, 2017

Hina Nabi Muhammad SAW Dihukum Mati. Wajar Kerana Pembelot Agama..


ISLAMABAD – Seorang pengatur cara komputer dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah menghina kesucian agama Islam di laman Facebook.

Hakim Shabbir Ahmad Awan menjatuhkan hukuman mati kali pertama membabitkan kesalahan media sosial itu di Bahawalpur, kira-kira 600 kilometer di selatan ibu negara Pakistan.
Pegawai pendakwa Shafiq Qureshi berkata, Taimoor Raza, 30, didapati bersalah kerana menghina Nabi Muhammad di laman sosial itu.
Bagaimanapun peguamnya Rana Fida Hussain berkata, Taimoor sebelum itu bertengkar dengan seorang pegawai dari jabatan anti keganasan mengenai satu topik mengenai Islam, yang mendorong beliau mendakwanya berdasarkan komen yang dibuat di laman sosial terbabit.
Rana juga berkata anak guamnya itu tidak bersalah dan akan mengemukakan rayuan atas pensabitan terbabit.
Di Pakistan, menghina Tuhan dan Islam adalah dakwaan yang teramat sensitif yang mana ia boleh mencetuskan rusuhan dan keganasan di kalangan penduduk negara itu.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah hukuman yang wajar bagi orang yang murtad kerana menghina agama dan kepercayaan sendiri. Kadang-kadang musuh dalam selimut atau pembelot dari dalam lebih bahaya dari musuh yang datang dari luar.


Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails