LONDON – Jemaah yang meninggalkan sebuah masjid di London awal kelmarin sedang membantu seorang lelaki tua yang rebah semasa sebuah van dengan sengaja merempuh mereka.
Kenderaan itu dipandu oleh seorang penyerang yang menjerit: “Saya mahu membunuh semua orang Islam”, kata beberapa saksi.
Sejurus selepas tengah malam, van itu melencong ke arah orang ramai yang selesai menunaikan solat tarawih di Masjid Finsbury Park dan Rumah Kebajikan Islam di utara London.
Lelaki yang rebah itu meninggal dunia di tempat kejadian, manakala 10 orang cedera dengan lapan dibawa ke hospital.
Pemandu tersebut yang dicekup dan mahu dibelasah oleh orang ramai telah diselamatkan oleh imam Rumah Kebajikan Islam yang mengarahkan sekumpulan belia supaya berundur.
“Dia memandu dan menggilis orang ramai. Saya melihat ramai jemaah dirempuh,” kata seorang saksi, Mohammed Abdullah (gambar) kepada saluran berita Sky News.
Penduduk tempatan menumbuk pemandu itu, manakala tiga lelaki menjatuhkannya ke tanah. Orang ramai kemudian datang dengan mereka cuba menendang dan memukul suspek.
Namun, Imam Mohammed Mahmoud (gambar) campur tangan dengan mengarahkan orang ramai yang berang supaya berundur.
Penyerang kemudian diserahkan kepada polis. – AFP
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.
2 comments:
Semoga yang melanggar itu insaf diri
Insyallah yang meninggal mati dlm keadaan syahid dan yg menyerang tu diharapkan sedar dan di beri hidayah utk insaf. Kita xboleh ikutkan emosi krn itu bisikkan syaitan....kita nampak macam lemah tetapi sbnnya Allah swt bersama kita.
Post a Comment