Saturday, June 17, 2017

Ini, Imam Wanita, Dari "Masjid Liberal" Pertama Di Jerman, Dibuka Semalam.


Imam masjid Liberal..

BERLIN  - Peguam kelahiran Turki, Seyran Ates, meresmikan "masjid liberal" di Berlin, Jerman.

Dia mengkeritik kecenderungan ekstremisme Islam dan mendeklarasikan diri sebagai "imam perempuan" di masjidnya.

Seyran Ates datang ke Jerman sebagai anak perempuan berusia enam tahun. Dia kemudian mengambil jurusan undang-undang dan bekerja sebagai peguam di BerlinDengan dana sendiri dia membuka kantor konsultasi untuk perempuan Turki. 

Sekarang Seyran mewujudkan impian lamanya dengan membuka sebuah masjid di Berlin.

"Masjid Ibn-Ruschd-Goethe" di Berlin mulai beroperasi pada Jumaat (16/6/2017) di Berlin. Lokasinya di tingkat tiga bangunan Gereja Protestan Sankt-Johannes-Kirche di kawasan Moabit,Berlin.

Nama masjid itu diambil dari nama pemikir Arab Ibnu Rusyd, yang juga dikenal sebagai Averroes (1126 - 1198) dan nama pemikir dan penyair Jerman Johann Wolfgang von Goethe.

Masjid Ibn-Ruschd-Goethe terbuka untuk umum. Tapi Islam yang dipraktekan di tempat ini menurut pendirinya adalah Islam dengan pendekatan "historis-kritis".

Kelihatannya orang dengan Nikab atau Burka tidak akan senang datang ke sini, kata Seyran AtesKerana bagi dia, Nikab atau Burka tidak banyak hubungannya dengan agama, melainkan lebih suatu pernyataan politis.

Bersamaan dengan pembukaan masjid liberal, terbit buku Seyran Ates dengan judul "Selam, Frau Imamin" (Salam, bu Imam) dengan penerbit Ullstein Verlag. Buku itu berisi kritik terhadap gejala radikalisme Islam di Jerman. Menurut Seyran, majoriti Muslim di Jerman mempraktikkan Islam sesuai ajaran pemerintah Turki.

  


Majoriti imamnya tidak memahami apa makna kebebasan beragama, kesetaraan hak antara lelaki dan perempuan dan hak atas orientasi seksual. Islam bentuk ini adalah Islam dari masa lalu, kata Seyran. Umat Muslim yang berhaluan liberal tidak memiliki tempat di Jerman.

Itu sebabnya dia sejak dulu bercita-cita mendirikan sebuahmasjid liberal.
Seyran Ates, Imam perempuan pertama di Jerman (DPA/DW) Di Jerman, Seyran Ates yang kini berusia 54 tahun menjalani pendidikan sebagai imam.

"Sejak lama saya hanya boleh bermimpi, bahwa kelumpok Muslim liberal di Jerman boleh bertemu dan mengamalkan Islam yang menghormati demokrasi," tulisnya dalam sebuah artikel di akhbar Jerman.

"Saya menunggu cukup lama, bahawa sekali waktu akan ada masjid liberal yang dipimpin seorang imam yang lebih mengerti Islam dari saya. Tapi kerana menunggu terlalu lama, dan merasa seperti dalam cerita "Menunggu Godot", akhirnya saya memutuskan untuk mewujudkan sendiri visi saya," kata Seyran.

Menurut Seyran, Islam harus mampu memperbarui dirinya. Kerana makin banyak umat muslim yang kini merindukan Islam yang damai, yang memelihara dialog dengan agama-agama lain.

Namun masjid dengan pemahaman itu masih terlalu sedikit di Eropah. "Yang ada hanya masjid dengan pemahaman konservatif, yang samasekali tidak mengizinkan kritik," ujarnya.

"Saat ini, setiap orang Islam perlu berani menghadapi pertanyaan, apa yang telah kamu lakukan untuk menghadapi ekstremisme?”
“Apa yang kamu lakukan menghadapi fakta bahawa agamamu disalahgunakan dan didiskreditkan? Di Masjid Ibn-Ruschd-Goethe ini kami akan mencoba menjawabnya," kata imam perempuan Seyran Ates.

Sumber:Kompas.com

Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

4 comments:

Anonymous said...

Mengapa ramai perempuan dalam neraka? Di antara sebabnya ialah puak perempuan feminis dan liberal sesat yang bersikap munafik menentang Allah dan RasulNya dan menghalalkan yang haram seperti zina, minum arak, judi dll dan mengharamkan yang halal seperti poligami dll dan mempertikai ajaran Islam seperti hukum faraid dan mentafsir Al-Qur'an berdasarkan hawa nafsu dan kejahilan mereka sendiri dan menolak Sunnah Rasulullah.

Jika kita membuat pertimbangan berdasarkan ajaran Islam, puak perempuan feminis dan liberal telah kufur akidah (murtad) kerana mereka telah mengingkari perintah Allah dan RasulNya !!!

Anonymous said...

Istilah Islam Liberal tidak pernah wujud dalam Al-Qur'an ! Yang wujud dalam Al-Qur'an ialah 'Islam' bukan Islam liberal !

Hanya puak munafik sesat dan menyesatkan sahaja menganut Islam Liberal !

IrWrWs said...

Kalau di Malaysia islam liberal membolehkan si kafir lahanat membelek fatwa negeri!

Anonymous said...

Ini bukan penganut agama Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Mohammad S.A.W. Ini penganut yang ajaran sesat dan suka membuat dan melakukan ibadat mengikut sesuka hati dan citarasa mereka tanpa berpandu Al-Quran dan Hadis. Suka merombak dan mengubah-suai hukum dan amal ibadah kerana mereka merasakan mereka lebih bijak dan shospikated.Ini mungkin satu tanda hari Kiamat semakin dekat kerana semakin moden dan semakin canggih,semakin memandai-mandai orang membuat sesuatu mengikut sesuka hati mereka sahaja.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails