"USAH dijadikan soal khilafiah sebagai alasan untuk label melabel dan saling menuduh. Berbalah dalam soal khilafiah tak akan selesai sampai kiamat. Kenapa akhlak ulama-ulama silam yang saling meraikan perbezaan pendapat dan pandangan dalam perkara furu' sudah semakin pupus.
"Dari sikap berlapang dada ulama terdahulu, sekarang muncul pula ulama segera (instink) yang suka mendabik dada bahawa pendapat akulah yang terbaik. Berbeza pendapat dengan aku, kamu mesti dilabel!"
Kata Dr Azman Ibrahim melalui Harakah sebentar tadi.
Menurut beliau, ketika ummat Islam sedang berhadapan dengan pelbagai ancaman untuk melemahkan ummah, jauhilah kita dari perkara dalaman yang merenggangkan ukhuwwah serta merosakkan kesatuan sesama saudara seaqidah.
Di Malaysia, ancaman kristianisasi tengah melata mencari mangsa dan di pentas dunia, zionis bersama kuasa barat sedang mencatur dengan penuh bernafsu untuk meratah ummat Islam seumpama mengadap hidangan yang lazat.
"Saya respect dengan semangat untuk berhujah dan menegakkan pendapat masing-masing. Sayangnya semangat ini disalurkan pada tempat yang salah. Dalam masa yang sama, kemungkaran serta penyelewengan yang jelas di depan mata serta tidak ada khilaf padanya, boleh pula didiamkan malah bersekongkol mempertahankan tuan besar mereka yang korup.
"Atas alasan kononnya nak jaga kemurnian aqidah, kamu terjebak pula dalam dosa memecahbelahkan serta mewujudkan perbalahan dalam masyarakat seaqidah. Beginikah yang kita mahu?
"Di Iraq saya pernah tengok saf sembahyang yang putus di tengah kerana perbalahan wahabi dan sufi. Ketika nak sembah Allah, masih sempat lagi berbalah! Bila saya pergi memenuhi ruang saf yang kosong, kita pula yang dimarahi. "Sentimen perbezaan mazhab dalam perkara khilaf telah dimanipulasikan oleh musuh untuk memecahkan kesatuan lalu merenggangkan antara hati-hati kita. Kenapa kita terlalu naif untuk masuk perangkap musuh?
Sementara itu di Kuala Lumpur, dilaporkan Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor mengucapkan tahniah diatas tindakan pantas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan pihak polis mengagalkan penganjuran ‘All Malaysia-Golden Gate Revival Convocation (AMGGRC) di negeri itu.

Ketuanya, Wan Hasrina Wan Hassan berkata, tindakan kerajaan Melaka itu satu pengajaran kepada seluruh masyarakat di Malaysia amnya dan kelompok Yahudi Zionis khasnya yang cuba mengambil tempat penting di Malaysia. (IH)
2 comments:
Di akhir zaman terdapat ramai umat Islam tetapi tiada kualiti kerana mereka tidak berpegang teguh pada ajaran Islam.
Hari ini kita menyaksikan sebilangan manusia sanggup menjadi barua parti kafir harbi yang amat memusuhi agama Islam dan umat Islam. Tanpa merasa segan dan malu, mereka yang mendakwa diri mereka beragama 'Islam' menyebarkan fitnah , memburuk-burukkkan dan menentang ajaran Islam, undang-undang Syariah Islam dan ulama Islam dan pendakwah Islam.
Puak liberal pula cuba menyesatkan umat Islam dengan membuat tafsir Al-Qur'an berdasarkan akal yang jahil dan hawa fasu serakah mereka sendiri untuk menghalalkan kemungkaran dan kesesatan.
PEMBETULAN:
Puak liberal pula cuba menyesatkan umat Islam dengan memtafsirkan Al-Qur'an berdasarkan akal mereka yang jahil dan hawa nafsu serakah mereka sendiri untuk menghalalkan kemungkaran dan kesesatan.
Kebodohan puak liberal melampaui kebodohan haiwan ternakan !
Post a Comment