Friday, June 09, 2017

Israel Sibuk Fasal Qatar, Kerana Saudi Kerja Untuknya? -Ibnu Hasyim

Lima Alasan Mengapa Israel Ikut Sibuk dalam Krisis Qatar
Oleh Ibnu Hasyim 

THE Jerusalempost, media Israel menulis 5 alasan, mengapa negaranya ikut 'sibuk' dalam konflik yang melanda Qatar atas Negara Teluk lain. Diantara sebabnya, disebutkan kerana ada pengaruh lawatan Presiden AS Donald Trump mendesak negara-negara Teluk bertindak pada Qatar mengenai perkara-perkara berikut.

Pada saya..

1. Israel Bimbang HAMAS.

Qatar dianggap menyokong pejuang Hamas selama satu dekad terakhir dan menjadi tuan rumah pemimpin gerakan itu, Khalid Misy'al selama lima tahun di Doha. Pada 2012 Emir Qatar Sheikh Hamad bin Khalifa al-Thani melawat Gaza dan menjanjikan dana ratusan juta untuk Gaza. Qatar tidak hanya memberi Hamas rumah di Doha tetapi sokongan kewangan dan politik.

Dengan tekanan baru yang dikenakan pada Qatar itu, diharapkan para anggota Hamas akan dikeluarkan dari Qatar dan akan mengurangkan sokongan pada kelompok perlawanan Palestin itu. Hal ini mungkin juga akan mengasingkan hubungan Turki dengan Hamas. 

Lihat..
Pada masa ini, kerajaan Qatar sedang memberi tumpuan pada syarikat penerbangannya, menyuntik wang membantu Gaza dan menampung Hamas. Hamas akan merasa sekutu-sekutunya semakin sedikit yang hal itu dapat memberi Israel pengaruh untuk mendorong kumpulan tersebut mengubah jalannya. Kemungkinan, Hamas boleh menyerang Israel untuk menunjukkan relevannya.

2. Faktor Iran

Israel telah menunjukkan kepentingan yang sama dengan Arab Saudi dan negara Teluk dalam menentang Iran. Kerana Qatar telah menyokong Hamas, krisis baru ini mendorong negara-negara yang menentang Qatar untuk memahami Israel sebagai partner dalam melawan Hamas dan Iran. Hubungan ini diam-diam telah tumbuh pada beberapa tahun ini. 

Bahkan krisis dengan Qatar membolehkan para penulis di Arab Saudi dan Teluk untuk berbicara lebih tegas menentang Hamas. Pejabat berita Saudi, Al-Arabiya, telah mempamerkan wawancaranya dengan Gal Gadot pelakon Wonder Woman.

Latar belakang krisis saat ini merupakan sebuah kesan bahawa pidato Presiden AS Donald Trump untuk "mengusir" keganasan memberikan kuasa penuh pada negara-negara Teluk untuk bertindak. Di bawah Barack Obama, Israel seringkali merasa terpencil, khususnya ketika AS mengejar kesepakatan Iran. Tetapi, pada masa ini Israel merasa bahawa Amerika sudah kembali dan akan bersikap sebagai geng rapat mereka kembali.

3. Cipta Istilah 'keganasan'.

Israel lebih suka wilayah stabil tanpa adanya 'kumpulan ganas' yang melemahkan negara-negara jiran. Istilah 'ganas' menurut Israel haramjadah itu.. Namun masih ada ISIS di Sinai, Hamas di Gaza, Hizbullah di Golan dan di Lubnan. Israel mengetahui bahawa ketidakstabilan apapun yang semakin besar, boleh menjadi ancaman kepadanya.

Israel yakin, selama Mesir, Jordan, Arab Saudi dan negara lain bekerja sama, maka angin kestabilan akan bertiup ke Israel.. Dan semua negara yang stabil di wilayah itu akan bangkit, jika kumpulan-kumpulan 'ekstrimis' berkurang. Hal ini menguatkan tangan Israel secara umum dan pemerintahannya pada masa ini secara khusus.

Penjajah Israel mendapat untung ketika negara itu tidak menjadi pusat perhatian dan tidak berada di bawah tekanan. Ini merupakan sebuah anugerah bagi pemerintahan Israel masa ini kerana Perdana Menteri Benjamin Netanyahu telah lama bercakap mengenai usaha memupuk hubungan serantau secara diam-diam di luar Mesir dan Jordan.

Dia telah mengatakan tentang ancaman Iran selama dua dekad. Jika negara-negara Arab lebih bimbang dengan Iran dan Qatar, daripada Palestin, hal itu mengurangkan tekanan pada Israel.. Apa lagi pada masa warga Palestin sedang cuba mengingatkan kembali dunia, bahawa penjajahan yang mereka alami telah memasuki tahun ke 50.
Hasil carian imej untuk saudi kerja untuk israel
Hasil carian imej untuk saudi kerja untuk israel

4. Saudi Bekerja Untuk Israel?

Selama beberapa tahun Israel telah dipandang sebagai pusat masalah wilayah itu, sehingga hari ini apabila masalah Palestin dikerdilkan oleh konflik yang lebih besar di Syria, Iraq, Yaman, Libya dan kini Teluk. Hal ini membuat harapan '50 tahun penjajahan Palestin yang mampu membuat beberapa kejutan' akan menjadi pudar. 

Tetapi hal ini juga boleh menghasilkan kesan bumerang kerana beberapa suara di wilayah itu akan menuduh Teluk 'Saudi bekerja untuk Israel.' Syria dan Iran sudah menuduh mereka bekerja dengan Israel. Sedangkan mereka telah menentang Israel sejak lama, yang bermakna imej Israel di wilayah itu boleh meningkat dalam krisis ini. 

Sekian. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails