HALAMAN HIBURAN
KOBLENZ, Jerman – Salah satu festival muzik terbesar di Jerman terpaksa dibatalkan selepas pihak berkuasa mendakwa menerima satu ancaman pengganas kelmarin.
Festival muzik Rock am Ring dibatalkan pada malam pembukaannya menyebabkan beribu-ribu pengunjung diminta meninggalkan lokasi festival itu di bandar Nurburg.
Kira-kira 92,500 tiket dijual untuk festival yang berlangsung selama tiga hari bermula kelmarin sehingga hari ini.
Agensi berita dpa melaporkan festival itu dikosongkan pada malam pembukaan selepas polis Koblenz berkata, mereka menerima maklumat berkaitan satu ancaman.
"Susulan ancaman pengganas, polis menasihatkan kami agar menghentikan festival itu.
"Kami meminta semua pengunjung meninggalkan tapak festival dalam keadaan tenang dan terkawal menuju ke pintu keluar dan kawasan perkhemahan. Kami perlu menyokong siasatan polis," kata seorang jurucakap penganjur.
Pembatalan festival itu juga diumumkan menerusi laman Facebook Rock am Ring. – DPA/AGENSI
Pusat Maksiat sudah tidak aman?
Pusat Maksiat sudah tidak aman?
No comments:
Post a Comment