Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendakwa anggota jawatankuasa pusat DAP, Dr Tan Seng Giaw telah gagal dihubungi sejak awal tahun ini.
Lim, yang adalah setiausaha agung DAP, mendedahkan perkara itu pada sidang akhbar ketika mengulas mengenai aduan Tan mengenai tahap 'kehijauan' di Pulau Pinang.
Ketua menteri itu berkata, DAP akan menangani kritikan tersebut secara dalaman, namun enggan mengulas lanjut mengenainya.
"Kami akan berurusan dengannya (Tan) secara dalaman, tetapi beliau tidak berkomunikasi sejak awal tahun ini, kami juga tidak dapat menghubunginya," kata Lim.
Bagaimanapun, Malaysiakini berjaya menghubungi Seng Giaw di telefon bimbitnya dengan sekali cubaan sahaja.
Menepis dakwaan Lim itu, Tan berkata : "Kamu dapat (hubungi) saya bukan? Susah mana kamu (untuk) menghubungi saya?
"Sangat senang, jadi tidak ada masalah."
Ditanya sama ada parti ada menghubungi beliau, Tan menjawab: "Saya tidak akan berkata apa-apa. Semakin banyak saya bercakap, semakin banyak masalah."
Ahad lalu, Tan menulis di halaman Facebooknya, dalam empat bahasa termasuk bahasa Jawi mengenai keadaan alam sekitar di Pulau Pinang.
"Kita mengelilingi Pulau Pinang hari ini. Kita melihat pantai berubah dan kehijauan Balik Pulau kurang. Kependudukan 850,000 memerlukan rumah dan kerja.
"Keutamaannya memelihara hutan dan kehijauan," kata Tan dalam catatan itu.
Tan merupakan ahli DAP veteran yang berasal dari Kelantan. Beliau telah menjadi ahli Parlimen Kepong selama lapan penggal sejak 1982.
Keadaan ini menyebabkan Pengerusi MCA Pulau Pinang, Tan Teik Cheng mengatakan pihaknya bersetuju dengan Tan mengenai pentadbiran Lim yang "menghancurkan" kehijauan di Pulau Pinang dan ia dipersetujui oleh rakan DAP sendiri.
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.
No comments:
Post a Comment