Thursday, June 15, 2017

London 12 Maut: Terbakar Berpunca Kecuaian Pengubahsuaian.




LONDON– Satu kebakaran besar telah memusnahkan blok apartmen 27 tingkat di barat London awal pagi semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya enam penghuni terkorban dan berpuluh-puluh lagi cedera selepas terperangkap di dalam bangunan tersebut.
Ketua Pasukan Bomba London, Dany Cotton berkata, terdapat sejumlah mangsa masih hilang dan belum dapat disahkan keadaan mereka, manakala 74 yang lain dimasukkan ke hospital.
Api yang marak telah menyebabkan asap hitam menyelubungi bandar dengan ke­pingan serpihan besar dapat dilihat terjatuh dari Menara Grenfell yang dibina pada tahun 1974 di kawasan utara Ken­sington, tidak jauh dari kejiranan kosmopolitan, Notting Hill.
Beberapa saksi memberitahu, mereka melihat ada mangsa terjatuh atau terjun dari bangunan untuk menyelamatkan diri selepas api marak bermula tengah malam. Malah, seorang penduduk dilihat mengibarkan pakaian putih dari tingkap di tingkat teratas.
“Mereka terperangkap dan tidak boleh turun melalui tangga terutama di tingkat atas... mereka terbakar,” kata seorang saksi, Daniel kepada Radio BBC London.
Seorang lagi saksi, Jody Martin membe­ritahu, dia cuba turun ke tingkat dua tetapi asap tebal menyebabkannya hampir lemas.
“Saya menyaksikan seorang penduduk terjatuh selain melihat seorang wanita meme­gang bayinya di luar tingkap,” katanya.
Cotton berkata, sebanyak 40 jentera bomba dan 200 anggota telah dikejarkan ke lokasi kejadian yang menempatkan 120 unit apartmen itu.
“Api bermula dari tingkat dua sebelum merebak ke tingkat 27 bangunan berkenaan,” kata perkhidmatan bomba melalui Twitter.
Bagaimanapun, anggota bomba berjaya naik hingga ke tingkat 11 untuk menyelamatkan penduduk.
“Kami boleh mengesahkan seramai 30 mangsa telah dibawa ke lima buah hospital di London berikutan insiden kebakaran ini,” kata pembantu pengarah operasi Perkhidmatan Ambulans London, Stuart Crichton.
Sementara itu, Datuk Bandar London, Sadiq Khan mengisytiharkan kebakaran itu sebagai satu insiden besar.
Aktor dan penulis Tim Downie yang tinggal berhampiran bangunan itu berkata: “Kejadian itu sangat dahsyat. Keseluruhan bangunan terbakar. Bangunan itu hanya menunggu masa untuk runtuh,” katanya.
Bangunan apartmen itu baru-baru ini telah menjalani kerja-kerja pengubahsuaian termasuk sistem pemanasan air, kata Ahli Majlis Tempatan, Paget-Brown.
Penduduk tempatan telah diberi amaran sejak setahun lalu mengenai risiko kebakaran disebabkan kerja-kerja pembaikan itu. Lapor AFP.

Sementara itu, laporan terbaru dari London menyebutkan, anggota bomba membantu membawa mangsa kebakaran di Tower Grenfell, blok pangsapuri 24 tingkat di North Kensington, London. 



Sekurang-kurangnya 12 maut dalam kebakaran besar yang memusnahkan sebuah blok kediaman di ibu kota semalam dan angka itu kemungkinan meningkat, kata polis. 

Komander Polis Stuart Cundy memberitahu media, pihaknya mengesahkan setakat ini sejumlah 12 mangsa maut. (IH)

Lihat: Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, 
Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails