Assalamualaikum,
Saya tebaca satu artikal tulisan pengarah pendidikan politik DAP Johor, Mahdzir Ibrahim memberi hujah balas kepada tulisan Ustaz Nik Abduh di Malaysiakini. Artikal ini dihantar untuk terbitan kepada The Malaysian Insight.
Tulisan itu menarik minat saya kerana yang menulis itu bernama melayu, beragama dan mengaku beragama Islam tetapi hujah logiknya sedikitpun tidak menggambarkan dia seorang Islam yang berpengetahuan yengang ugamanya.
Dia jelas tidak dapat membezakan antara maksud Ustaz Nik Abduh antara kuasa ALLAH, Tuhan seluruh alam dengan kekuasaan manusia yang kerdil.
Lihat saja hujahnya, "DAP adalah sebuah parti yang menuntut keadilan dalam konteks undang-undang dan dasar sosial terhadap perkara yang menyentuh sensitiviti kaum, budaya atau agama".
Menulis menyangkal hujah ustaz Nik Abduh tentang matlamat DAP mahu terus mengekalkan negara sekular dengan hujah“Mereka secara langsung menolak wujudnya sebuah negara Islam yang terlaksana di dalamnya nilai dan hukum Islam.” tetapi bagi Mahzir Ibrahim ianya bermaksud "secara halus cuba untuk mengolah pandangan buruk rakyat terhadap perjuangan suci DAP".
Rupanya DAP ada kaedah mendidik rakyat terutama orang melayu Islam untuk menampakkan perjuangan mereka suci. Untuk kelihatan suci DAP mengrekrut seorang yang ICnya bernama Islam serta ugamanya Islam. Bijak dalam dungu DAP ini. Masakan orang Islam yang belajar ugama sedari kecil tidak mampu membezakan antara perjuangan fisabillah dengan perjuangan suci DAP?
Bagaimana pula pendedahan Dr. Redzuan Tee seorang Islam yang berbangsa cina yang berbunyi "puak Kristian Evangelis yang sedang menguasai parti ultra kiasu mempunyai perancangan busuk sama seperti Yahudi" Serta pendedahan Dr.Kamarul tentang cita cita DAP menerusi buku Hannah Yeoh untuk melahirkan suasana hidup kristian menrusi kuasa yang akan diperolehi DAP.
Apakah tidak terkesan sedikitpun kepada orang Islam dan yang mengaku Islam ang berada dalam DAP?
Sehingga sanggup bermati matian mempertahankan DAP sebagai parti dengan matlamat perjuangan suci hanya kerana diberi jawatan pengarah pendidikan politik. Walaupun Mahdzir Ibrahim ada hujahnya tidak seperti Pancai kuda kayu yang rata rata tiada hujah langsung dalam melemparkan presepsi mereka tetapi cara dia berhujah seolah olah dia bukan seorang Islam.
Walaup dia ada mengatakan DAP tidak berkuasa menentukan akidah kepercayaan yang padnya hak individu tetapi cara kesombongan bicaranya menjelaskan ahhaw adia sendiri tidak faham dengan ajaran ugamanya sehingga gagal menghadam hujah Ustaz Nik Abduh.
Hujahnya hanya pada logik akal untuk mempertahankan DAP sekaligus sebenarnya tanpa dia sendiri sedar menjadi bentang kepada DAP menghadapi kabangkitan Islam sambil memberi peluang yang lebiih besar kepada DAP yang sudahpun ada kuda kayu untuk tunggangannya serta sudah ada pakatan yang menjadi budak suruhannya untuk terus berdakwah kepada Kristian Evangelisnya.
Jelas sejelas jelasnya Mahdzir Ibrahim dan orang orang Islam yang masih ada dalam DAP adalah merupakan Islam pada namanya saja, tiada pengetahuan tentang akidah dan syariat kerana sejak kecil lagi sudah diajar untuk jadi sekular. Lahirnya kumpulan sekular di kalangan orang Islam menguntungkan Yahudi dan Kristian Evangelis serta geng alahzabnya.
(Oleh: senik TKO)
No comments:
Post a Comment