JIKA sebelum ini kecoh apabila ada pihak mahu mengadakan perarakan kesedaran mengenai isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Universiti Taylor, Petaling Jaya pada awal Jun lalu.
Acara tersebut terpaksa dibatalkan susulan bantahan orang ramai dengan alasan acara itu berlangsung pada bulan Ramadan.
Kali ini, satu lagi program yang didakwa mempunyai kaitan dengan LGBT iaitu majlis berbuka puasa membabitkan golongan gay dikatakan terbesar di Malaysia.
Sebuah blog, Menara.my melaporkan, Pelangi Campaign yang diketuai Ketua Organisasi DAPSY Subang, saudara Numan Afifi, telah mengadakan satu majlis berbuka puasa di kalangan pendukung gerakan LGBT negara pada 10 Jun lalu.
Maklumat daripada peserta yang hadir di majlis ini memberitahu bahawa program buka puasa beramai-ramai ini telah diadakan di pejabat peguam di Bangsar.
Numan yang juga alumni Sekolah Demokrasi tajaan Parti DAP, nyata teruja dengan kehadiran ramai pendukung gerakan LGBT tempatan. Beliau turut menyatakan rasa bangga dengan majlis Iftar Gay yang telah berjaya dijalankan.
Difahamkan, program berbuka puasa itu turut dihadiri mantan pengurus program Sisters in Islam, Suri Kempen, Dorian Wilde dan Nisha Ayub dari Justice For Sisters.
Program tersebut turut menayangkan filem berlatar belakangkan perjuangan gay dan bacaan puisi.
Sementara itu, menerusi Twitter Pelangi Campaign, badan bukan kerajaan (NGO) itu mengadakan hari memperingati pengamal LBGT yang terkorban di sebuah kelab malam di Orlando, Amerika Syarikat pada 29 Jun tahun lalu.
Pada posting yang bertarikh 10 Jun itu, Pelangi Campaign turut memuat naik gambar sekitar aktiviti mereka yang dinamakan sebagai ‘Remembering Orlando: Courage in the Face of Adversity’ termasuk mengadakan forum dan tayangan filem.
Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada program tersebut adalah majlis berbuka puasa untuk golongan LGBT atau hanya program memperingati mangsa korban di Orlando, Amerika Syarikat.
Lapor MYNEWSHUB.CC
Video di bawah sekadar hiasan…
11 comments:
Dah dpt kepastian atau maklum balas dari DAP? Takut2 jadi fitnah macam pesta onani tempohari...
Kita ahli parti agama, kenalah berhati2... jangan nanti disamakan dengan orang lain lak. Lagi malu!
Kita ahli parti shams... kenalah lebih berhati2 kan! :-)
Tq.
Hai ibnu hasyim selalunya kaulahbyg suka letak cite2 lucah n gambar2 ghairah. Ada aje bahan cite unsur2 sek. Skrg ni kau kata dap lak. Ada bukti ke. Sapa sebenarnya kau ni n apa pegangan kau ya. Main larong aje
Semua bab gay lgbt mesti Dap dipetik. Betul ke?
Bahaya jika ini fitnah atau mainan politik pencabar.
Hati2 ya berbloging. Dosa fitnah itu teramat besar.
Selepas puak LGBTQ berbuka puasa boleh liwat ke? Ini kena tanya ulama parti kuali dan sifu roket!
Bukankah selama ini pemimpin-pemimpin parti kafir harbi dan pemimpin-pemimpin parti liberal memperjuangkan kebebasan melakukan kemungkaran dan kesesatan dan menentang ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam?
Barua-barua parti kafir harbi dan parti liberal berpura-pura lupa tentang fakta ini !!!
Apakah gunanya puak LGBTQ berbuka puasa jika Allah dan RasulNya telah melaknat puak LGBTQ ? Puak LBGTQ adalah puak terkutuk kerana mereka berani melakukan dosa besar dan berbangga dengan dosa besar mereka !!
Puak LGBTQ lupa tentang kaum Nabi Lut yang telah dihapuskan oleh Allah kerana mereka mengamalkan LGBTQ ! Adakah mereka mahu menunggu bala dari Allah menimpa mereka barulah mereka mahu bertaubat? Puak LGBTQ inilah di antara penumbang terbesar AIDs yang sedang membunuh manusia !
PEMBETULAN:
Puak LGBTQ lupa tentang kaum Nabi Lut yang telah dihapuskan oleh Allah kerana mereka mengamalkan LGBTQ ! Adakah mereka mahu menunggu bala dari Allah menimpa mereka barulah mereka mahu bertaubat?
Puak LGBTQ inilah di antara penyumbang terbesar penyakit AIDs yang sedang membunuh manusia ! Maka puak LGBTQ adalah pembunuh manusia !
Moga allah memberihidayah pada mereka dan kembali kepangkal jalan.
Anon 6:38
Apalah lagi yg nak di berhati hatikan...zulkifli ahmad pengarah strategik pan sendiri bagi statement lgbt boleh sertai pan... Nmpk sangat org2 mcm ani zonneveld ni wujud kat Malaysia adalah disebabkan kerana jenis pemimpin2 Melayu songsang yg ada dlm pan. Dh la si ani ni sembahyang jadi imam kpd lelaki lepas tu boleh nikahkan lelaki sesama lelaki!! Saper lagi yg protect org2 mcm ni kat Malaysia klu tak politik drpd pakatan harapan?
Bukan sahaja dap je yg boleh dipetik wahai en abang 10:14. Pan pun boleh dipetik. Tak caya gi tanya zulkufli ahmad. Jgn ckp pulak tiba2 tak kenal zulkifli ahmad ye.
Post a Comment