MOSUL, 27 Ramadan 1438H, Khamis – Pengganas Daesh dilapor meletupkan Masjid al-Nuri yang terkenal di seluruh dunia dengan menara condongnya, awal pagi tadi waktu tempatan.
Masjid itu merupakan tempat di mana ketua Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi, mengisytiharkan “khilafah” di bawah kepimpinannya pada 2014.
Berdasarkan klip video yang dimuat naik di media sosial, ia menunjukkan menara itu runtuh menegak, di sebalik jeritan seorang wanita, “Menara! menara!”.
Letupan itu berlaku ketika pasukan elit anti-keganasan tentera Iraq yang sedang memerangi IS di Kota Lama Mosul, sudah berada hampir 50m dari kawasan masjid.
Bagaimanapun Amerika Syarikat secara pantas menolak dakwaan telah menghancurkan masjid itu.
Ketua Tentera Udaranya, Joseph Martin berkata, ini merupakan jenayah ke atas penduduk Mosul dan seluruh Iraq, ia menjadi sebab mengapa Daesh kejam ini perlu dihapuskan.
“Daesh bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kehancuran ini,” katanya.
Pemusnahan dua mercu tanda paling terkenal di Mosul itu dilakukan pada hari keempat serangan tentera Iraq yang dibantu pasukan antarabangsa untuk merampas semula Kota Lama, pertahanan terakhir Daesh. -Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Baru ada berita sebelah pihak? AS menafikan tetapi dia penyerang..
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Sila pertimbangkan kemungkinan berikut:
ReplyDeleteAgen-agen Mossad dan CIA meletupkan Masjid al-Nuri tersebut atau jet pejuang Amerika atau peluru berpandu Syarikat memusnahkan masjid tersebut dan rejim pengganas Israel dan Amerika Syarikat dan media Zionis mereka menuduh kumpulan pemberontak meletupkan Masjid al-Nuri tersebut.
Kita pernah menonton video yang menunjukkan tentera Amerika menggunakan peluru berpandu untuk memusnahkan sebuah masjid di Iraq !
Inilah adalah contoh operasi bendera palsu (false flag operation) untuk memfitnah pihak lain.