PAS Kawasan Bandar Tun Razak terus aktif melakukan kerja-kerja kebajikan bersama masyarakat sekitar Parlimen Bandar Tun Razak.
Tepat jam 2.30 pagi semalam (11 Jun 2017), Yang Dipertua, En. Shukor Md Aziz bersama Dr. Rosni Adam, Ketua Muslimat serta para pemuda dan petugas PAS Bandar Tun Razak turun padang mengedarkan makanan sahur di beberapa agensi dan jabatan kerajaan antaranya Pusat Perubatan UKM, Balai Polis Sungai Besi, Balai Bomba Bandar Tun Razak dan Kem Tentera Sg. Besi.
Sebanyak 100 bungkusan makanan sahur telah diedarkan dan berakhir pada jam 5.00 pagi.
(IH)
No comments:
Post a Comment