Thursday, June 08, 2017

PRU14: Azmin Ke Ampang, Zuraidah Lari Ke Pandan?



KUALA LUMPUR – PKR dikatakan akan meletakkan Datuk Seri Azmin Ali bertanding di kerusi Parlimen Ampang pada PRU ke-14 akan datang, manakala penyandang sedia ada, Zuraidah Kamaruddin bakal beralih di kerusi Pandan.
Percaturan itu dipercayai ada kaitan dengan prestasi Zuraidah yang merudum dan tidak disenangi di kalangan pengundi Ampang.

Menurut sumber yang juga pegawai kanan di pejabat Menteri Besar Selangor, perkara itu walau bagaimanapun masih di peringkat perbincangan di kalangan pemimpin PKR, terutama dalam ‘kem’ Azmin.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan berkenaan calon yang bakal menggantikan Azmin untuk bertanding di Parlimen Gombak.

“Bos (Azmin) akan ke Ampang, Zuraidah ke Pandan ganti Rafizi. Semua tahu Zuraidah macam mana,” menurut sumber yang enggan identitinya didedahkan.

Langkah tersebut juga sebagai persediaan untuk menggantikan tempat Rafizi yang hilang kelayakan bertanding pada PRU 14 berikutan keputusan mahkamah tahun lepas menjatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan terhadap Ahli Parlimen Pandan itu.

Mengikut Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, mana-mana Ahli Parlimen yang didapati bersalah oleh mahkamah dan dipenjara melebihi setahun atau denda melebihi RM2,000, boleh dilucutkan jawatannya.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan terhadap Rafizi bagi setiap pertuduhan yang masing-masing memiliki dan mendedahkan laporan Pengauditan 1Malaysia Developement Berhad (1MDB), Mac tahun lalu. -MaaysiaGazette.


Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

1 comment:

Anonymous said...

dah tahu zuraidah camtu, GUGURKAN saja. Sy rasa itu lebih baik bagi pakatan.
Takut nnti dia beli lagi kete mewah hasil AP pru14, hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails