Sunday, June 11, 2017

RUU Dana &Perbalanjaan Politik, PAS Mahu Diaktakan -Dr Zuhdi

Hasil carian imej untuk dana Perbelanjaan

Post Pic
SHAH ALAM: Langkah PAS yang mahu membawa satu lagi Rang Undang-Undang (RUU) berkenaan akta dana dan perbelanjaan politik adalah disebabkan sehingga kini tiada parti yang benar-benar serius mengusulkan RUU tersebut.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki berkata demikian sebagai menempelak Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad yang meminta supaya PAS menyelesaikan terlebih dahulu RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 yang masih 'tertangguh' sebelum berniat membawa RUU yang lain.

Zuhdi menambah, Amanah berkemungkinan terpaksa menolak RUU baru tersebut berikutan rakannya, DAP dan PKR dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) tidak bersetuju penggubalan akta berkenaan. 

"Oleh itu yang tinggal hanya PAS dan IKATAN yang menyokongnya. Jika tiada parti yang sanggup bawa, PAS sendiri sanggup untuk membawanya kerana kami benar-benar serius mengharapkan tergubalnya akta tersebut.

"Cuma yang jadi halangan semua parti dalam PH tidak menyokong RUU bagi menggubal akta ini. PKR dan DAP telah menyatakan sikap menolak akta seumpama ini. Amanah juga diyakini akan mengikut sikap PKR dan DAP. Umno pada peringkat awal dahulu menyokongnya, cuma sekarang mereka yang menjadi teraju kerajaan masih belum membentangkannya di parlimen," katanya dalam satu kenyataan kepada Antarapos. 

Zuhdi berkata, langkah PAS itu tidak harus dipolitikkan kerana ia demi kepentingan dan kebaikan semua pihak khususnya rakyat.

"PAS mengamalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera, membawa sesuatu untuk kepentingan rakyat termasuklah dalam isu RUU ini. 
"Jika sekiranya kerajaan yang bawa RUU ini, PAS sudah memberi komitmen untuk menyokongnya. Sekiranya Khalid Samad sendiri atau Amanah mahu membawa RUU persendirian berkaitan sumbangan dan perbelanjaan politik, asas kepentingan rakyat, PAS akan menyokongnya. Ia bukan perkara yang perlu dipolitikkan," katanya lagi. 

Semalam, Khalid membidas PAS bersabit langkah parti itu yang mahu membawa satu lagi RUU berkenaan akta dana dan perbelanjaan politik.

"Yang dulu pun belum selesai lagi, apa nak buat yang baru? buat yang dulu tu betul-betul, macam main-main saja, yang dulu RUU 355 belum dibahas belum dilulus, tiada apa setakat ini kecuali kecoh sahaja," demikian petik kata Khalid.

Zuhdi ketika berucap di Munaqasyah Rakyat semalam berkata PAS mahu membawa satu lagi RUU Persendirian jika kerajaan gagal meneruskan cadangan menggubal Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik.

Zuhdi berkata, langkah partinya itu perlu dilihat sebagai satu usaha untuk menyelesaikan pelbagai isu rasuah yang membelenggu negara ini.

Kerajaan pada tahun lalu bersetuju untuk menggubal Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik, yang mana ia menetapkan kesemua ahli politik supaya mengisytiharkan dana yang diterima atau disiasat atau dikenakan tindakan.
 -sh-

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails