Tuesday, June 06, 2017

Jabat Tangan Ini, Bawa Malapetaka Bagi Negara Teluk..

Image may contain: 2 people, text
Wanita Pertama US tidak perlu pakai scaf kepala dan hebatnya apabila Milenia berjabat tangan dengan Penjaga Dua Kota Suci.

LAWATAN Trump bersama isterinya Melanie ke Saudi catat sejarah baru Saudi. Antaranya Wanita Pertama US tidak perlu pakai scaf kepala dan hebatnya apabila Milenia berjabat tangan dengan Penjaga Dua Kota Suci.



Sebelum ini tiada tercatat dan foto mana mana Raja Saudi bersalaman dengan wanita bukan muhrim hinggalah giliran Raja Salman. Bahkan Saudi mempunyai Badan Syariah yang ketat dari segi hukum.

Juga lawatan Trump ke Saudi penuh dengan pemberian hadiah mewah kepada Trump dan isteri. Dunia tahu Trump adalah seorang jutawan. Raja Salman juga tahu dan maklum tentang status Trump itu.

Tetapi mengapa Raja Salman kurnia juga emas berlian kepada Trump? Ramai tidak mengerti dengan aksi-aksi itu. Selepas sebulan aksi ini berlaku,barulah nampak hasilnya.

Sebenarnya Amerika sedang mencari lokasi baru untuk uji dan jual senjatanya. Tidak cukup dengan Afghanistan,Iraq,Libya,Somalia,Syria maka Amerika datang ke Saudi untuk ajak Raja Salman buka dan teroka lokasi baru.

Langkah Saudi bersama sekutu Arabnya putus hubungan dengan Qatar adalah ikut skrip Amerika. Bagi Amerika,Teluk Farsi perlu dialirkan darah lagi. Kali terakhir air darah mengalir di Teluk Farsi ketika perang 10 tahun Iraq-Iran.

Lokasi Teluk Parsi adalah sasaran baru Amerika. Maka Saudi, Mesir, Bahrin dan UAE adalah team Ahzab baru Amerika untuk kesinambungan kejayaan skrip ini. 

Sasaran utama nya ialah Ikhwanul Muslimin,Dr Yusuf Qardawi dan HAMAS.
Kita tunggu perkembangan selanjutnya! (TKO/IH)


Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails