ARAK punca kejahatan, kata Nabi SAW. Dadah termasuk arak memabukkan. Maka walaupun pada bulan suci bulan Ramadan yang disaran perbanyakkan beribadah kepada Allah SWT, namun kumpulan ini sanggup melakukan parti maksiat tanpa segan silu lagi kerana arak sudah menghantuinya.
Aktiviti najis maksiat mereka terbongkar, setelah pihak polis mengadakan serbuan mengejut di sebuah pangsapuri di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, pada pagi Rabu lalu.
Gambar eksklusif serbuan daripada operasi itu turut menjadi tular menerusi laman sosial baru-baru ini, sekali gus mengundang kritikan ramai netizen.
Remaja perempuan 13 tahun antara 22 yang ditahan polis.
Malah, aksi pasangan kekasih yang selamba tidur berpelukan erat dipercayai khayal akibat dadah turut dirakam di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, mengesahkan kejadian itu. Menurutnya, semua suspek positif dadah dan sembilan remaja bawah umur turut ditahan.
“Dalam pemeriksaan ini kami menahan 22 individu membabitkan 16 lelaki dan enam wanita. Sembilan daripada mereka adalah remaja bawah umur dengan yang paling muda remaja perempuan berusia 13 tahun.
“Polis turut merampas 26 pil eramin serta 14 ekstasi yang ditemui di pangsapuri yang disewa khas untuk parti liar berkenaan.
“Ujian air kencing yang dilakukan mendapati semua yang ditahan positif dadah dan akan didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dipetikHarian Metro.
Tambahnya, ini adalah parti peribadi pertama yang berjaya diambil tindakan mengikut Akta Dadah Berbahaya Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.
No comments:
Post a Comment