Thursday, June 08, 2017

Sikap Terbaik Turki Ini, Ke Atas Qatar -Ibnu Hasyim.


Parlemen Turki Setujui RUU Pengerahan Tentara ke Qatar
Parlimen Turki meluluskan kerahan tenteranya ke Qatar.
Oleh IBNU HASYIM

TURKI akan terus mengembangkan hubungan dengan Qatar, dan sekatan terhadap Qatar bukanlah penyelesaian untuk masalah yang ada pada masa ini. 

Pada saya, itu sikap yang rasional.

Sebelum ini Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan melemparkan kritikan terhadap sikap yang diambil oleh Arab Saudi dan sejumlah negara Teluk lain terhadap Qatar. Erdogan menyebut sikap yang ditujukan Saudi, bukanlah langkah yang tepat.

Kerana itu, Parlimen Turki meluluskan sebuah rancangan undang-undang yang membolehkan pasukannya untuk dihantar ke sebuah pangkalan tentera Turki di Qatar. Keputusan ini adalah sebuah langkah nyata untuk menyokong negara Teluk Arab itu semasa menghadapi menghadapi pengasingan diplomatik dan perdagangan dari beberapa kekuatan terbesar di Timur Tengah.

Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain memutuskan hubungan dengan Qatar. Bahkan menutup ruang udara mereka termasuk penerbangan komersil pada Isnin lalu, dengan tuduhan membiayai kumpulan militan, walaupun Qatar membantah tuduhan tersebut.

Di Turki, Rang undang-undang tersebut diluluskan dengan mendapat sokongan 240 suara. Sebahagian besar sokongan datang dari Parti AK yang berkuasa dan pembangkang nasionalis MHP. Rang undang-undang itu sendiri disusun sebelum situasi di Timur Tengah panas seperti dikutip dari Reuters, Khamis hari ini. 
Qatar: Kami Adalah Korban Kebohongan Terencana
Qatar menyatakan, pihaknya menghadapi sebuah kempen kebohongan profesional yang bertujuan untuk menempatkan negara Arab Teluk tersebut di bawah kawalan.

Kita juga bersimpati dengan Qatar yang menyatakan, pihaknya menghadapi sebuah kempen pembohongan profesional terancang yang bertujuan untuk meletakkan negara Arab Teluk tersebut di bawah kawalan, selepas Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Mesir memutuskan hubungan dengan negara tersebut. 

"Kempen hasutan berdasarkan kepada kebohongan yang telah mencapai tahap profesional yang lengkap," kata Kementerian Luar Negeri Qatar dalam sebuah pernyataan, seperti dilapor Reuters pada Rabu semalam. (IH)


Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

2 comments:

Anonymous said...

Di luar sana,,negara2 arab sudah sekian lama menjadi pecacai kafir amerika,eropah dan yahudi. Sangat sukar utk mereka bersatu. Di dalam negara pula,,org2 melayu islam menjadi pecacai cina kafir mca,gerakan dan dap. Mereka berpecah dan bergaduh sesama sendiri. Dahulu permusuhan di antara pas dan umno sahaja. Sekarang , daripada umno wujud serpihan pkr dan ppbm. Daripada pas pula berjasa,hamim dan pan. Habis org islam bergaduh,,,tiada kekuatan. Sehingga cina pertikaikan kedudukan raja2 melayu, hak keistimewaan org melayu, hukum hudud dll org melayu bagaikan tiada "kejantanan"....satu ketika dahulu, org melayu kutuk org arab kerana tidak boleh bersatu membantu saudara mereka yg dizalimi israel,,,nah,,sekarang apa jadi dgn org melayu islam di malaysia,,kenapa tidak mahu bersatu??

jalilnor said...

thre is no leader among islamic countries....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails