Saturday, June 24, 2017

Skuad Hoki Wanita Negara.. Tugas Sukar Malam Ini...

 SKUAD hoki wanita negara tidak akan memberi laluan mudah kepada Belgium pada aksi Kumpulan B WWHL di Stadium Fallon, Brussels malam ini.


SUKAN
BRUSSELS – Skuad hoki wanita negara berdepan tugas sukar menjelang pertemuan dengan Belgium pada aksi ketiga peringkat Kumpulan B kempen Separuh Akhir Liga Hoki Wanita Dunia (WWHL) 2017 di Stadium Fallon, Brussels malam ini.
Setakat ini skuad Malaysian Tigress tewas dalam dua perlawanan berturut-turut dengan terbaharu kecundang 1-3 kepada Sepanyol pada aksi kedua awal pagi semalam.
Belgium pula tidak kurang hebatnya biarpun menghuni ranking ke-14 dunia, namun dengan sorakan padu penyokong-penyokong sendiri, Red Panthers sekadar tewas 0-1 kepada gergasi No. 4 dunia, Australia awal pagi semalam.
Ketua jurulatih skuad negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah sedar tugas berat bakal menanti para pemainnya, namun tetap optimis mereka akan memberikan aksi terbaik dan mengharapkan magis berlaku di bumi Brussels malam ini.
“Belgium ada tiga pemain berbahaya. Corak permainan mereka sangat tersusun sebagai satu pasukan. Saya tidak dapat melihat kelemahan mereka yang ketara.
“Australia bernasib baik untuk menang. Kalau Belgium memanfaatkan peluang dengan baik, mungkin mereka memenangi perlawanan tersebut. Aksi bertemu Belgium memang susah berdasarkan corak permainan mereka.
“Bagaimanapun, kami tetap memberikan prestasi terbaik sambil mengharap­kan (malam ini) permainan mereka (Belgium) tidak menjadi,” kata Dhaarma selepas menyaksikan aksi antara Belgium dan Australia awal pagi semalam.
Pada aksi menentang Sepanyol, skuad negara, No. 22 dunia, mencipta kejutan apabila mendahului lawan yang meng­huni ranking ke-10 dunia itu seawal minit ketiga menerusi pukulan sudut pe­nalti Siti Noor Amarina Ruhani.
Pengalaman yang ada pada skuad La Roja itu yang membariskan 14 pemain skuad Olimpik 2016 itu menyaksikan mereka berjaya bangkit untuk memenangi perlawanan itu dengan satu jaringan padang Carola Salvatella (m-28) dan dua gol pantas dalam tempoh lima minit daripada pakar flick, Lola Riera pada minit ke-31 serta 36.
Malaysian Tigress perlu menewaskan Belgium untuk mara ke suku akhir kejohanan ini, sekali gus berpeluang meraih tiket ke pentas Piala Dunia 2018.
Hasil carian imej untuk Skuad hoki wanita negara
Skuad hoki wanita negara..
Imej yang berkaitan
Hasil carian imej untuk Skuad hoki wanita negara
Hasil carian imej untuk Skuad hoki wanita negara
Komen Weblog IbnuHasyim: Salah satu lagi tugas berat dalam menangani masalah Skuad Hoki Wanita Negara ialah bagaimana hendak merealisasikan bahawa 'aurat wanita' dalam kegiatan sukan negara sesuai dengan kenyataan Perlembagaan Persekutuan Perkaran 3, 'Islam adalah agama bagi Persekutuan'.
'Agama' dalam ertikata 'seluruh cara hidup yang lengkap'. Yakni bukan agama seperti yang difaham oleh sesetenggah pihak, hanya ibadat khususiyah semata-mata. Contoh kononnya pakaian dalam bersukan tak perlu berpakaian menurut Islam, tak perlu menutup aurat. Peraturan itu kena langgar kalau nak bersukan, menurut mereka. 

Salah faham begitu kena dibetulkan, walaupun kadang-kadang lahir dari pemimpin-pemimpin yang mengaku beragama Islam itu sendiri. Sukan yang kena ikut Islam. Bukan Islam yang diperkecilkan kena ikut peraturan Sukan. Itu suatu tugas yang lebih sukar menurut saya, bukan main-main. Na 'auzubillah!
Hasil carian imej untuk skuad futsal wanita ngara
Gambar ini lain, Ini Galeri Photo Suporter 'buruk akhlak' Korea Selatan di Piala Dunia 2014


Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

No comments:

Post a Comment