Saturday, June 24, 2017

Tuntutan Ganas 13 Perkara Untuk Qatar Dalam10 Hari.
















REUTERS - PUTERA Mahkota Qatar, Sheikh Mohammed Zayed al-Nahyan (kiri) berjabat tangan dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron selepas mesyuarat bagi membincangkan krisis diplomatik Qatar di Istana Elysee, Paris pada Rabu lalu.
WASHINGTON – Arab Saudi dan beberapa negara Arab lain yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar mengeluarkan satu senarai tuntutan semalam sebagai laluan menamatkan krisis berkenaan.
Kuwait yang menjadi sebagai pengantara konflik itu telah membentangkan satu senarai yang mengandungi 13 perkara kepada Qatar termasuk menuntut menamatkan kehadiran tentera Turki di negara itu.
Arab Saudi, Mesir, Emiriyah Arab Bersatu dan Bahrain telah memutuskan hubungan dengan Qatar pada bulan ini selepas mendakwa negara Teluk Parsi itu membiayai dana pengganas.
Bagaimanapun negara yang kaya dengan minyak itu telah menegaskan bahawa tidak akan memenuhi tuntutan tersebut termasuk menutup stesen televisyen Al-Jazeera.
Kerajaan Qatar berkata, pihak­nya tidak akan berunding sebarang perkara sehingga negara-negara Arab terlebih dahulu menarik balik sekatan mereka.
Sehari sebelum itu, Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson mengeluarkan amaran bahawa tuntutan yang bakal dibuat itu perlu berasas selain kesalahan yang boleh didakwa.
Menurut senarai itu, Qatar tidak dibenar menerima rakyat dari empat negara berkenaan serta perlu mengusir mereka keluar dari negara itu.
Mereka turut menuntut Qatar menyerahkan kesemua individu yang dikehendaki oleh empat buah negara terbabit kerana terlibat dalam keganasan selain menghentikan pembiayaan kepada sebarang entiti pelampau yang digelar sebagai kumpulan pengganas oleh Amerika Syarikat.
Malah, mereka mahu Qatar menyediakan maklumat terperinci mengenai jumlah yang dibiayai kepada pihak pembangkang terutamanya di Arab Saudi dan beberapa negara lain.
Bagaimanapun, Qatar menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berhubung pembiayaan atau menyokong pengganas tetapi negara itu mengakui ada membenarkan anggota kumpulan Hamas menetap di Qatar dengan alasan mahu memupuk dialog dengan kumpulan itu bagi menyelesaikan konflik yang timbul.
Senarai itu turut menuntut Qatar menyelaraskan negara itu dari segi politik dan ekonomi dengan Majlis Kerjasama Teluk iaitu sebuah kelab serantau yang memfokuskan tum­puan menangani pengaruh Iran.
Malah, senarai berkenaan turut menuntut Qatar menghentikan pembiayaan ke atas pelbagai saluran berita termasuk Arab21 dan Middle East Eye.
Qatar juga diberikan masa selama 10 hari untuk mematuhi ke­semua tuntutan itu termasuk membayar sejumlah wang yang tidak dinyatakan sebagai pampasan. – AP
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itu suatu tuntutan ganas.


Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.

Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

No comments:

Post a Comment