Van sewa itu melencong ke arah sekumpulan jemaah yang pulang selepas selesai menunaikan solat tarawih pada tengah malam di Masjid Finsbury Park, salah sebuah masjid terbesar di Britain, kata saksi. Serangan itu berlaku pada bulan Ramadan.
“Van ini datang tiba-tiba dan merempuh kami. Pemandunya menjerit, saya mahu bunuh semua orang Islam,” kata seorang saksi, Abdulrahman Saleh Alamoudi kepada BuzzFeed News.
Perdana Menteri Britain, Theresa May berkata, polis mengesahkan kejadian itu sebagai serangan pengganas, manakala beliau akan mempengerusikan satu mesyuarat tergempar bagi merangka tindak balas.
“Saya bersimpati dengan mangsa dan keluarga mereka,” katanya.
Polis pula berkata, seorang lelaki disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan pemandu van yang berusia 48 tahun ditahan oleh orang awam sebelum diberkas polis.
Suspek akan menjalani pemeriksaan mental dalam masa terdekat, kata polis.
Lapan mangsa dibawa ke hospital, manakala dua lagi dirawat di lokasi kejadian. – Reuters
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.
1 comment:
Sikap hipokrit dan double standard puak kafir semakin jelas apabila mereka melabelkan umat Islam sebagai 'pengganas' semata-mata kerana umat Islam mempertahankan negara umat Islam dengan membunuh tentera kafir yang menjajah negara umat Islam.
Sebaliknya, jika seorang kafir membunuh beberapa orang kafir dan orang Muslim, pembunuh itu tidak dilabelkan sebagai pengganas sebab negara kafir dipimpin oleh bapa munafik dan penjenayah perang yang menjadi boneka Yahudi Zionis !
Post a Comment