Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Adibah Husna Zainal Abidin kira-kira pukul 11.30 pagi terhadap kedua-dua anggota polis berumur 34 dan 37 tahun itu bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
SPRM dalam satu kenyataan menyebut, kedua-dua anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda itu ditahan kira-kira pada pukul 2 petang semalam kerana dipercayai terlibat dalam permintaan wang rasuah berjumlah RM10,000 daripada seorang pengadu sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan atas aktiviti pinjaman wang tanpa lesen pada 11 April lalu. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment