Sunday, July 09, 2017

2 Pandangan Mengenai Politik Dr M.

Mahathir Buat Apa Sahaja Untuk Lindungi Dinastinya

Satu: Mahathir Lemas Di Air Deras.


Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad ibarat seorang yang sedang lemas di air sungai deras dan terpaksa bergayut walau kepada sehelai rumput kering.

Itu pandangan Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berhubung pengumuman Mahathir menyokong Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri jika pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-14.
Menurut beliau, dendam Mahathir untuk menjatuhkan Najib bercampur dengan ketakutannya terhadap Anwar yang boleh mendedahkan pelbagai salah lakunya semasa menjadi Perdana Menteri menyebabkan Mahathir membuat pusingan U menyokong Anwar.
“Veteran UMNO tidak terkejut Mahathir membuat keputusan menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri. Dalam keadaan terdesak, Mahathir merelakan Anwar menjadi Perdana Menteri walaupun hati kecilnya amat tidak bersetuju dengan keputusan itu.
“Pertaruhan nyawanya bergantung kepada sehelai daun kering yang hanyut bersamanya di air yang deras. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mahathir semalam membuat pengumuman mengejutkan apabila beliau menyatakan sokongan keatas Anwar menjadi Perdana Menteri selepas hasratnya untuk mengetuai Pakatan Harapan dibantah hebat sebilangan besar ahli dan penyokong PKR sebelum ini.
Sebilangan pihak bagaimanaun percaya pengumuman itu Mahathir itu merupakan strategi politik beliau untuk meraih sokongan akar umbi PKR yang masih kuat menentangnya walaupun beliau kini bersama pembangkang.
Mahathir sewaktu memegang jawatan Perdana Menteri pada tahun 1998 memecat Anwar sebagai Timbalannya secara zalim kerana mendakwa kononnya Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual dan rasuah.
Anwar yang berang kerana kecurangannya terdedah kemudian melancarkan serangan balas dengan mendedahkan pula kecurangan Mahathir selaku Perdana Menteri melalui siri gerakan reformasi.
Gerakan reformasi Anwar waktu itu mendapat bantuan pembangkang yang mengambil kesempatan daripada dendam Anwar ke atas Mahathir untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN)
Mustapha berkata, Mahathir juga mengharapkan Anwar yang berkemungkinan besar dipanggil sebagai saksi dalam penyiasatan skandal forex berpuluhan tahun lalu tidak akan mendedahkan semua rahsia keterlibatannya ketika itu.
“Soalnya ialah, apakah Anwar dan keluarganya akan memaafkan Mahathir setelah sekian lama mereka menderita akibat tindakan zalim Mahathir,” katanya.

Dua: Politik Tun Dr. M sebenarnya bagi melindungi dinastinya.

Rakyat Malaysia terutama golongan muda semakin sedar dan jelik dengan permainan politik Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi melindungi dinastinya.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, Mahathir yang kini bersama pembangkang perlu menghentikan permainan-permainan politik beliau.
“Cukup-cukup sudah permainan politik seperti ini. Beliau Malaysia tidak lagi mempunyai masa melayan impian Mahathir menjadikan anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai Perdana Menteri bagi melindungi dinastinya.
“Belia negara tidak lagi mempunyai masa dengan agenda politik segelintir pihak yang hanya mementingkan untuk mendapat kuasa daripada kebaikan kepada rakyat dan negara.
“Terbukti apa sahaja Mahathir katakan tentang menyelamatkan Malaysia selama ini palsu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Mahathir semalam membuat pengumuman mengejutkan apabila beliau menyatakan sokongan keatas Anwar menjadi Perdana Menteri selepas hasratnya untuk mengetuai Pakatan Harapan dibantah hebat sebilangan besar ahli dan penyokong PKR sebelum ini.
Ramai pihak melihat tindakan Mahathir itu bukan untuk kepentingan politik Anwar, sebaliknya kerana kepentingan peribadi beliau yang dilambung kebimbangan terhadap penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian Bank Negara (BNM) berhubung urusniaga matawang (Forex).
Ia ekoran Anwar antara individu yang berkemungkinan besar dipanggil memberi keterangan berhubung skandal tersebut kerana pada waktu itu beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri, manakala Perdana Menteri ialah Mahathir.
Sebilangan pihak turut mempercayai pengumuman Mahathir itu merupakan strategi politik beliau untuk meraih sokongan akar umbi PKR yang masih kuat menentangnya walaupun beliau kini bersama pembangkang.
Anwar sebelum ini mengumumkan beliau tidak mahu dirinya dicalonkan sebagai Perdana Menteri jika pembangkang berjaya menumbangkan kerajaan Malaysia dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 disebabkan perebutan yang berlaku dalam kalangan anggota parti Pakatan Harapan untuk menjadi calon jawatan berkenaan.
Mahathir sewaktu memegang jawatan Perdana Menteri pada tahun 1998 memecat Anwar sebagai Timbalannya kerana Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual dan rasuah.
Anwar yang berang kerana kecurangannya terdedah melancarkan serangan balas dengan mendedahkan pula kecurangan Mahathir selaku Perdana Menteri melalui gerakan reformasi.
Gerakan reformasi Anwar waktu itu mendapat bantuan pembangkang yang mengambil kesempatan daripada dendam Anwar keatas Mahathir untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN). 




Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Imej yang berkaitan

Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

6 comments:

Anonymous said...

Ada sekurang kurangnya dua pandangan pada setiap perkara. Tun M mungkin nak jaga dinastinya, dan dia mungkin dapat dan tak dapat (sebahagian atau sepenuhnya) dan pandangan kedua ialah kesan sampingan (utama pada sebahagian orang) ialah terdedahnya fakta sejarah bagaimana keadaannya semasa dia berkuasa dan ketika najib berkuasa. Rakyat berinformasi (bulan sekadar reformasi), jadi pada mereka yg nak meneguk di air keruh, kamu sedang diperhati oleh rakyat.

Unknown said...

Apakah pandangan penulis artikel ini mengenai:
i. terkenalnya MO1 dan isterinya diseluruh dunia?
ii. Adakah penulis ini bangga dg terkenalnya mereka?

Anonymous said...

Ada sekurang kurangnya dua pandangan pada setiap perkara. Tun M mungkin nak jaga dinastinya, dan dia mungkin dapat dan tak dapat (sebahagian atau sepenuhnya) dan pandangan kedua ialah kesan sampingan (utama pada sebahagian orang) ialah terdedahnya fakta sejarah bagaimana keadaannya semasa dia berkuasa dan ketika najib berkuasa. Rakyat berinformasi (bulan sekadar reformasi), jadi pada mereka yg nak meneguk di air keruh, kamu sedang diperhati oleh rakyat.

Anonymous said...

Tak perlu tanya pandangan dan perasaan penulis. Kita yg membaca berterimakasih dengan maklumat yg dikongsikan, setuju atau tidak hanya tindak balas kita sebagai pembaca yg sangat mudah berbanding kepayahan penulis utk menyediakan hidangan utk kita baca.
Apa yg blm ditulis tidak boleh kita nak komen (1mdb etc).
Saya percaya, sebagai penulis dan juga pembaca, kita akan selektif dengan apa yg nak ditulis dan yg nak dibaca.

Anonymous said...

Kalau mengikut pemimpin UMNO hanya mereka dan parti UMNO saja dapat memerintah Malaysia dan memajukan orang Melayu.Ini pandangan orang bodoh,gila kuasa dan suka makan rasuah.Orang Melyu tidak akan mati tanpa UMNO dan Negara akan bertambah hancur ekonominya akibat pemimpin yang makan rasuah,salah guna kuas dan makan duit rakyat. Sayangnya semua ini tidak di pedulikan terutamanya pemimpin PAS yang bersekongkol dengan Najib.

Anonymous said...

Pandangan dari penulis blog yang suka makan rasuah,suka foto bogel dan lucah serta suka mencium pantan Wanita no1 Malaysia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails