Thursday, July 06, 2017

2 Polis Pernah Terima Penghargaan Tolak Rasuah Direman SPRM



SHAH ERWAN (tengah) dan Andinor (kiri) direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes rasuah RM10,000 di Mahkamah Majistret Sungai Petani semalam.


SUNGAI PETANI – Dua anggota polis berpangkat koperal yang sebelum ini pernah menerima sijil penghargaan kerana menolak wang rasuah direman semalam untuk membantu siasatan kes meminta suapan RM10,000 daripada seorang ah long di sini pada April lalu.
Kedua-dua anggota berkenaan direman empat hari bermula semalam.
Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah, Datuk Mohd. Fauzi Mohamad berkata, perintah reman ke atas Koperal Shah Erwan Kasa @ Mansor, 37, dan Koperal Andinor Zabidin, 33, dikeluarkan Majistret Adibah Husna Zainal Abidin.
Menurutnya, dua anggota polis terbabit yang berasal dari Beseri, Perlis dan Alor Setar dekat sini bertugas di unit kereta peronda Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda.
“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails