Friday, July 14, 2017

Aisberg Di Antartika Keluarkan Amaran Berjaga-jaga Kepada Dunia.













AP - GAMBAR yang didedahkan oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) menunjukkan pecahan yang berlaku di kawasan aisberg di Antartika.
SANTIAGO – Sebuah aisberg gergasi seberat satu bilion tan yang mula terpisah dikesan di Antartika oleh pertubuhan alam sekitar, Greenpeace Chile sekali gus mengeluarkan amaran berjaga-jaga kepada dunia.
Pertubuhan itu menyifatkan fenomena tersebut sebagai bukti krisis iklim semakin serius bermula sekarang.
Aisberg yang sebesar tidak kurang 5,800 kilo­meter persegi itu dipercayai tidak mendatang­kan sebarang bahaya ke atas peningkatan paras laut dalam masa terdekat kerana fenomena itu sudah berlaku beberapa bulan lalu apabila mula menunjukkan tanda-tanda rekahan.
Greepeace Chile dalam satu kenyataan berkata, biarpun kesan sebenar masih belum jelas tetapi perpisahan aisberg di utara Antartika Larsen C itu akan menyebabkan keadaan di kawasan berkenaan menjadi semakin tidak stabil.
“Menerusi proses ini, kesan global ke atas perubahan iklim tidak boleh terkecuali. Sebaliknya, apa yang terjadi di benua putih perlu dilihat sebagai amaran awal,” katanya sambil menjelaskan kemungkinan akan meningkatkan suhu dunia.
Pengarah Kebangsaan Greenpeace, Matas Asun berkata, kesan perpecahan aisberg bersaiz besar ini akan mengakibatkan Antartika menjadi semakin lemah sekali gus kejadian sama berpotensi untuk berulang pada masa akan datang.
 AP - GAMBAR video yang dirakam pada Februari lalu menunjukkan jaluran aisberg di Antartika yang terpisah.


Kejadian berlaku disebabkan suhu angin. Angin di bahagian Antartika dikatakan lebih panas. Malah, sejak 50 tahun lalu, suhu di wilayah ini meningkat 3 darjah Celsius.
“Ia bermula ketika satu retakan dan berubah menjadi lebih dalam dan perpisahan itu kemudian berakhir di salah satu tanah runtuh gergasi yang pernah direkod setakat ini,” katanya.
Menurut pasukan saintis, aisberg ini merupakan salah satu daripada 10 aisberg yang pernah didaftarkan.
“Apa yang terjadi di Antartika merupakan satu amaran baharu bagi mendalami dan mematuhi syarat-syarat perjanjian Paris mengenai perubahan iklim.
“Kerajaan perlu bertindak segera untuk menghentikan kesan perubahan iklim selain masyarakat dunia perlu mengambil langkah segera untuk menggunakan tenaga yang boleh diperbaharui dan berhenti menggunakan bahan api fosil,” kata Asun. – Bernama

Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails