Tuesday, July 04, 2017

AKU 8055 No Daftar Kenderaan Jadi Rebutan. Lambang Ego Tinggi..


 Mohd. ZAWAWI menunjukkan tempahan nombor pendaftaran siri AKU yang mula dibuka sejak semalam di Ipoh semalam.
IPOH – Nombor pendaftaran kenderaan AKU 8055 dijangka mendapat permintaan paling tinggi di negeri ini apabila bidaan nombor plat tersebut dibuka oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak sejak 8 pagi semalam.
Pengarah JPJ Perak, Mohd. Zawawi Zakaria berkata, antara individu yang berminat untuk mendapatkan nombor pendaftaran yang mempunyai sebutan AKU BOSS itu termasuk orang kenamaan (VIP), selebriti, bintang sukan dan jutawan kosmetik.
“JPJ menerima pertanyaan daripada banyak pihak mengenai nombor plat AKU 8055 sejak tahun lepas lagi kerana ia mempunyai sebutan seakan-akan AKU BOSS.
“Pemilik rasmi AKU 8055 akan diketahui selepas tarikh tutup bidaan pada pukul 12 tengah hari 18 Julai depan,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat JPJ Perak sini semalam.
Katanya, selain AKU 8055, turut mendapat perhatian ramai pihak ialah nombor pendaftaran AKU 805, AKU 1305 dan AKU 8005.
“Nombor pendaftaran siri AKU 1 hingga 9999 mula dibuka kepada orang ramai secara rasmi pada pukul 8 pagi hari ini (semalam) sehingga 12 tengah hari 18 Julai.
“Ia terbahagi kepada tiga ka­tegori iaitu Nombor Bernilai Utama iaitu 1 hingga 10 yang boleh dibida dengan harga minimum RM10,000, Nombor Menarik seperti 2222 dan 4444 (RM2,000) serta Nombor Popular termasuk 9090, 7070 dan 4400 (RM300),” katanya.
Nombor pendaftaran kenderaan AKU 8055 dijangka mendapat permintaan paling tinggi di negeri ini apabila bidaan nombor plat tersebut dibuka oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak sejak 8 pagi semalam.
Pengarah JPJ Perak, Mohd. Zawawi Zakaria berkata, antara individu yang berminat untuk mendapatkan nombor pendaftaran yang mempunyai sebutan AKU BOSS itu termasuk orang kenamaan (VIP), selebriti, bintang sukan dan jutawan kosmetik.
“JPJ menerima pertanyaan daripada banyak pihak mengenai nombor plat AKU 8055 sejak tahun lepas lagi kerana ia mempunyai sebutan seakan-akan AKU BOSS.
Komen Weblog Ibnu HasyimNombor pendaftaran kenderaan Negeri Perak AKU 8055 dijangka mendapat permintaan paling tinggi di negeri itu apabila bidaan nombor plat tersebut dibuka oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak sejak 8 pagi semalam.
Pengarah JPJ Perak, Mohd. Zawawi Zakaria berkata, antara individu yang berminat untuk mendapatkan nombor pendaftaran yang mempunyai sebutan AKU BOSS itu termasuk orang kenamaan (VIP), selebriti, bintang sukan dan jutawan kosmetik. 
AKU BOSS diertikan dari nombor pendaftaran kenderaan Negeri Perak yakni AKU 8055. 8055, angka dijadikan atau dikelirukan macam huruf B (8) O(0) S(5) S(5). Apakah pihak JPJ bersetuju nombor pendaftaran dikelirukan penglihatannya, walaupun ia menyusahkan beberapa pihak tertentu menjalankan tugas?
Tetapi yang jelas pihak JPJ berjaya mengutip wang dari sifat naluri ke egoan atau ke'aku'an manusia yang tinggi.
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.


Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.


1 comment:

Anonymous said...

Manusia yang berlumba-lumba membeli nombor daftar kenderaan untuk kemegahan diri sendiri adalah manusia yang riak, sombong, bakhil (enggan menggunakan wang tersebut untk membantu agama Islam, fakir miskin dan anak yatim) dan ujud sedangkan Allah amat bencikan sifat-sifat tersebut!!!

Apakah pembalasan untuk manusia yang bersifat riak, sombong, bakhil dan ujud? Jawapan: Neraka !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails