MAKA berkatalah ABDUL HADI AWANG Presiden PAS sebagai sempena Hari Raya Aidilfitri..
ALLAH S.W.T berfirman:
إِنَّ هَٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ يَهۡدِي لِلَّتِي هِيَ أَقۡوَمُ وَيُبَشِّرُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٱلَّذِينَ يَعۡمَلُونَ ٱلصَّٰلِحَٰتِ أَنَّ لَهُمۡ أَجۡرٗا كَبِيرٗا ٩ الإسراء
- “Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar” (Surah al-Isra’: 9)
Ayat ini ditafsirkan oleh hadis Rasulullah S.A.W.:
عن علي رضي الله عنه : قال : أما إنى سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول " :ألا إنها ستكون فتنة ، فقلت : ما المخرج منها يا رسول الله ؟ قال :كتاب الله فيه نبأ ما قبلكم ، وخبر ما بعدكم وحكم ما بينكم ، وهو الفصل ليس بالهزل من تركه من جبار يعصمه الله ، ومن ابتغى الهدى في غيره أضله الله ، وهو حبل الله المتين ، وهو الذكر الحكيم، وهو الصراط المستقيم ، وهو الذى لا يزيغ به الاهواء ، ولا تلتبس به الالسنة ، ولا يشبع منه العلماء ، ولا يخلق عن كثرة الرد ، ولا تنقضي عجائبه ، هو الذى لم تنته الجن إذ سمعته حتى قالوا : إنا سمعنا قرآنا عجبا يهدى إلى الرشد فآمنا به ، من قال به صدق ، ومن عمل به أجر ، ومن حكم به عدل ، ومن دعا إليه هدى إلى صراط مستقيم . (الترمذي والدارمي) مستيك حديث جزؤ1.
- “Dari Ali R.A. katanya: Ingatlah aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: Awas! Sesungguhnya akan berlaku fitnah (kekacauan dan bala bencana yang besar). Aku bertanya: “Apakah caranya untuk menyelamatkan diri daripadanya?” Sabdanya: “Berpegang teguh dengan Kitab Allah (Al-Quran yang menjadi penyelesaiannya). Di dalamnya cerita umat terdahulu (untuk menjadi iktibar), perkara yang akan datang berlaku dan hukum mengenai apa yang berlaku kalangan kamu, yang menjadi pemutus (di antara yang benar dan salah), bukannya olok-olok. Sesiapa yang rasa berkuasa berlaku sombong meninggalkannya dibinasakan oleh Allah. Sesiapa yang mencari petunjuk lain daripadanya disesatkan (daripada petunjuk Allah yang sebenar). Dialah tali Allah yang sangat kukuh, pengajaran paling bijaksana, jalan yang betul. (Dengan sebab berpegang teguh dengannya) menjadikan hawa nafsu tidak terpesong. Dialah kitab yang tidak bercampur aduk (dengan kata-kata yang lain daripada Allah). Para ulama pula tidak merasa puas dan habis daripada mengkajinya (sepanjang zaman), walaupun berulang-ulang membaca dan mengkajinya. Kandungannya yang menakjubkan tidak berkesudahan sehingga sekumpulan jin apabila mendengarnya berkata: “Sesungguhnya kami telah mendengar bacaan Al-Quran yang menakjubkan, yang memimpin ke jalan yang benar, lalu kami beriman (percaya dengan yakin kepadanya)”. Sesiapa yang berkata sesuatu berdasarkannya, benarlah dia. Sesiapa yang beramal dengan (bacaan dan ajarannya), diberi pahala. Sesiapa yang berhukum dengannya, adillah dia. Dan sesiapa yang berdakwah (mengajak) kepada ajarannya, sudah pasti diberi hidayah ke jalan yang betul”. (Riwayat At-Tarmizi dan Ad-Darimi)
Perlembagaan PAS menegaskan bahawa Al-Quran, Hadis, Ijma’ para ulama’ dan Qias adalah hukum tertinggi. Maka apa-apa keputusan yang bercanggah dengannya dibatalkan. Majlis Syura ‘Ulamak yang dilantik di kalangan pemimpin PAS yang berkepakaran dalam bidangnya diamanahkan untuk memelihara segala yang dimaktubkan dalam Perlembagaan dan menjaga segala batas sempadan, langkah dan tindakan PAS dalam perjalanannya memperjuangkan kedudukan Islam yang menjadi penyelesaian terhadap masalah negara dan umat.
Ahli-ahli dan penyokong PAS wajib memberi kepercayaan betapa PAS terus beristiqamah dan konsisten dalam perjuangannya yang penuh cabaran. Sehingga kini terus hidup subur tanpa terjejas dengan keputusan pilihan raya yang hanya menjadi salah satu daripada ukuran kemajuan dalam lapangan yang lebih luas daripadanya.
PAS adalah parti yang paling banyak mengalami kalah dan menang, menjadi kerajaan dan pembangkang, sehingga ada negeri yang masih kosong dari segi keputusan pilihan raya, tetapi terus hidup di mana ada manusia yang menjadi sasaran dakwah dan politik, walaupun di cawangan hanya keseorangan. Kini PAS berada di kampung, kementerian, jabatan, pusat pengajian kerajaan dan swasta. Inilah akar umbi PAS yang tidak mati dipotong dahannya, bahkan menumbuhkan cabang yang lebih bayak.
Berpijak di atas Undang-undang Tubuhnya, PAS tidak boleh diarah oleh mana-mana parti atau pihak supaya mengubah haluan dan hala tujunya. Hanya mereka yang terus buta Al-Quran meninggalkan PAS kerana terpengaruh dengan politik yang melayar bahtera mengikut angin dan gelombang isu semasa dan wawasan yang tidak sampai ke Hari Akhirat. Hanya berlakon politik seperti lakonan filem yang tamat ceritanya apabila hero sudah mati atau tidak berfungsi lagi.
PAS boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi menyelamatkan negara dan rakyat tanpa meninggalkan Al-Quran dan segala rangkaiannya yang disebut dalam Fasal 7, Perlembagaan PAS. Perjuangan PAS berteraskan aqidah yang ditanam di dalam hati ahli-ahli PAS yang melakukan gerak kerja yang disaksikan oleh Allah dengan pegangan Islam yang sempurna, bukan sekadar slogan yang dilaungkan dan ditulis pada sepanduk atau cara hidup yang dianggap bebas daripada syariat Allah yang mencipta dan memerintah alam seluruhnya.
PAS tidak boleh berpisah dengan Al-Quran, bukan sekadar dibaca sahaja, bahkan diimani untuk menjadi petunjuk sepanjang perjalanan hidup di dunia sehingga bertemu Allah. PAS tidak boleh berpisah dengan Sunnah Rasulullah S.A.W. yang melaksanakan petunjuk Al-Quran itu, bukan sahaja cara ibadatnya, bahkan dalam urusan perjuangan untuk menegakkan negara. Walaupun perjuangannya dikepung di seluruh penjuru dunia, namun meninggalkan warisan dan pusaka ilmu yang diwarisi oleh para khalifah yang adil dan para ‘ulamak yang setia bersama Islam, sehingga meneruskan obor perjuangan yang tidak boleh dipadamkan cahayanya sehingga kini.
Maka PAS yang menyambung perjuangan ini wajib menolak mereka yang terbuka menentangnya atau menipu untuk mengalih hala tujunya. Sepatutnya mereka boleh mengenali PAS, di mana ada ahlinya yang boleh mempertahankan aqidah perjuangan keseorangan di tengah masyarakat yang mengepungnya, bukan sekadar cawangannya sahaja.
Maka PAS yang menyambung perjuangan ini wajib menolak mereka yang terbuka menentangnya atau menipu untuk mengalih hala tujunya. Sepatutnya mereka boleh mengenali PAS, di mana ada ahlinya yang boleh mempertahankan aqidah perjuangan keseorangan di tengah masyarakat yang mengepungnya, bukan sekadar cawangannya sahaja.
Kami percaya bahawa kami gagal ditipu sepanjang perjalanan, walaupun menghulur tangan kepada sesiapa sahaja yang bersama Islam dan berdamai terhadap Islam, dengan menghayati firman Allah:
۞وَإِن جَنَحُواْ لِلسَّلۡمِ فَٱجۡنَحۡ لَهَا وَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡعَلِيمُ ٦١ وَإِن يُرِيدُوٓاْ أَن يَخۡدَعُوكَ فَإِنَّ حَسۡبَكَ ٱللَّهُۚ هُوَ ٱلَّذِيٓ أَيَّدَكَ بِنَصۡرِهِۦ وَبِٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٦٢ وَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِهِمۡۚ لَوۡ أَنفَقۡتَ مَا فِي ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعٗا مَّآ أَلَّفۡتَ بَيۡنَ قُلُوبِهِمۡ وَلَٰكِنَّ ٱللَّهَ أَلَّفَ بَيۡنَهُمۡۚ إِنَّهُۥ عَزِيزٌ حَكِيمٞ ٦٣ الأنفال.
- “Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka kamu juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (61) Dan jika mereka bertujuan hendak menipu kamu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepada kamu. Dialah yang menguatkan kamu dengan pertolongan-Nya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman. (62) Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (63) (Surah Al-Anfal: 61-63)
Ayat ini menegaskan bahawa perkara pertama adalah menyatukan hati-hati orang yang beriman yang menjadi tonggak negara dan mengajak mereka yang tidak beriman menyaksikan penyelesaian Islam.
Adapun urusan menipu berada dalam ilmu Allah, sesiapa yang menipu celakalah dia, termasuk kita sendiri sekiranya menipu. Kalau mereka ikhlas tetapi kita menolaknya, celakalah pula kita kerana menolak orang yang ikhlas. Jangan campur urusan Allah yang menjamin bahawa Islam tetap dipelihara dan sesiapa bersama Islam pasti selamat. Semuanya diyakini oleh orang yang tidak buta Al-Quran.
Setiap penganut Islam wajib mengerti bahawa buta Al-Quran itu lebih besar akibatnya daripada buta huruf dan perlu menyedari orang yang boleh membaca, menulis, berpendidikan tinggi dan mendapat ijazah berjela-jela dan gelaran ilmiah tetapi buta Al-Quran, ramalannya tanpa cahaya hidayah yang tidak membawa kepada wawasan kita.
PAS tidak boleh menjadi sekadar tempat persinggahan kepada mereka yang merasa dirinya sangat bijak untuk mempergunakan PAS mengikut nawaitunya yang tidak ikhlas dan tidak bersuluh dengan cahaya petunjuk Al-Quran, maka terjunlah mereka ke mana sahaja mengikut pandangannya yang tersirat, namun tidak boleh mengheret PAS bersama mereka, termasuk ahli PAS yang buta huruf tetapi tidak buta Al-Quran akan tetap selamat bersama petunjuk ke arah wawasan Al-Quran, walaupun jauh perjalanan dan memakan masa beberapa generasi.
Ahli PAS yang setia tidak boleh bersama mereka yang lemas tanpa petunjuk Al-Quran dan memeluk apa sahaja untuk menyelamatkan diri termasuk batu yang lebih meneggelamkannya atau meraba kepala tahi yang dibawa arus sungai yang menghanyutkan.
Akhirnya hanya Islam mampu menyelesaikan semua kekusutan dan pertelingkahan dengan petunjuk Al-Quran Kalam Allah, Ilmu dan Kebijaksanaan-nya mengikut tunjuk ajar Rasul pilihan yang diwarisi ilmunya yang tetap dipelihara oleh Allah.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Malang bagi negara umat Islam di dunia, termasuk Malaysia di mana pemimpin-pemimpinnya ramai yang 'buta Al-Quran'. Pemimpin Amerika Syarikat tahu hal ehwal demokrasi negaranya, begitu juga juga pemimpin sosialis komunis, Karl Marx dan lain-lain.
Tetapi pemimpin negara umat Islam samada yang Islam atau bukan Islam, rupaya ramai yang buta Al-Quran. Ramai yang lebih tahu perundangan negara orang lain dari perundangan agamanya sendiri, bahkan dengan gelojoh bebal menolaknya. Apa lagi penyokong-penyokong yang jadi balaci yang menaikkannya dalam sistem pengundian di negara ini..
Malu kepada Allah SWT dan kepada makhluk bukan Islam yang mempunyai identitinya sendiri.
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.
2 comments:
Bagaimana agaknya 1981-ayat quran diterjemahkan.
dan bagaimana agaknya pada tahun 2015..terjemahan ayat yg sama.Tetapi amalan yg berbeza
Mahkamah telah memutuskan,Hadi mempitnah pil kuda,pada calon pilihanraya di dun penang..
Apakah kita mesti ikut perbuatan orang yg mengeluarkanya.
Post a Comment