LEBIH 100 kelab motosikal berkuasa besar dari empat negara berhimpun di Kota Bharu sejak pagi Jumaat sehingga malam tadi sempena ‘Kelantan International Bike Week 2017’.
Program itu dianjur Urusetia Belia dan Sukan dengan kerjasama Darulnaim Bikers. Ia dirasmikan anggota Exco, Datuk Abdul Fattah Mahmood.
Lebih 3,000 motosikal membanjiri perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV memeriah program berkenaan. Program berkenaan turut diserikan dengan kehadiran artis Datuk Ahmad Azhar Othman (Awie).
Abdul Fattah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri melahirkan rasa bangga dengan kehadiran peserta pada program berkenaan.
Penganjuran bagi edisi ke tujuh mengamitkan kehadiran ‘biker’ negara luar seperti Brunei, Thailand dan Singapura ke bumi Serambi Mekah.
Menurutnya, kerajaan negeri tidak menghalang sebarang aktiviti kesukanan malah sentiasa memberi galakan sekiranya selaras dengan kehendak syariat.
“Melalui Urusetia Belia dan Sukan (Ubes), kita melaksanakan pelbagai aktiviti sukan dengan berlandaskan syariat dengan dasar Membangun Bersama Islam,” katanya.
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.
2 comments:
Komen lah sikit bang, pasal konsert sempena Bike Week tu. Nak juga tahu, yang mana boleh dan yang mana tidak
encik mat bon kalau pas semua boleh.
Saya tidak bermaksud menujukan tulisan ini kepada kawan-kawan saya dalam PAS dan penyokong PAS kerana saya tahu pemikiran kita tidak sebegitu.
************************************************************************
ini komen Dr Agus..... perenggan akhir.
Saya menulis ini untuk menunjukkan kemarahan saya kepada pentaksub tegar ini yang sememangnya BANGANG TAHAP GABAN, tetapi perasan lebai dan cerdik.
Jika saya jumpa pentaksub sebegini, saya akan bawa mereka ke pakar psikiatri untuk mendapat rawatan jiwa sebelum terus merosakkan keharmonian bangsa dan negara tergadai
Post a Comment